ARKIB : 14/04/2002
PENDAHULU liga, Perak kini
memiliki jurang hanya dua mata dengan pasukan tangga kedua, Selangor selepas
Seladang diikat 2-2 oleh Sabah dalam aksi bola sepak Liga Perdana Satu di
Stadium Penampang, Kota Kinabalu, semalam.
Selangor semakin merapatkan
kedudukan dengan Perak selepas menang tipis 1-0 ke atas Johor FC menerusi
jaringan tunggal Rusdi Suparman minit ke-79 dalam aksi di Stadium Pasir Gudang.
Perak kini mengumpul 32 mata
manakala Selangor 30.
Sabah membuka jaringan menerusi
Shahrin Majid seawal minit ketujuh tetapi Indra Putra Mahayuddin pantas
menyamakan kedudukan seminit kemudian.
Khalid Jamlus meletakkan Perak
di depan dengan jaringan minit ke-52 sebelum K. Sanbagamaran menjaringkan gol
penyamaan minit ke-79.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, NS Chempaka mencatat kemenangan ketiga apabila mengatasi Sarawak 3-2.
Gol-gol NS Chempaka dijaringkan
oleh K. Kumaran (60) dan R. Balan (70, 81) manakala Sarawak memperoleh gol
menerusi Wong Sai Kong (31) dan Rizal Awang Jad (80).
Di Stadium Utama, Kangar, tuan
rumah Perlis membenam Negeri Sembilan 3-0 hasil jaringan penalti Adalberto de
Souza (23), Mohd. Zulfakri Ashaari (48) dan Nazzab Hidzan (53).
Di Stadium Sultan Mohd. IV,
Kota Bharu, Kelantan menang 2-1 ke atas Kuala Lumpur.
Gol Kelantan hasil jaringan
sendiri pemain Kuala Lumpur, Roslisham Mohd. Nor (63) dan Woorawoot Sirimaka
(67) dan Roslisham memberikan gol tunggal Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti
minit ke-89.
Di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, tuan rumah kecundang 2-0 kepada Pulau Pinang menerusi jaringan Chee
Wan Hoe (26, penalti) dan Zool Ihsan Yunus (85).
Di Stadium Hang Tuah, Melaka
turut tewas di gelanggang sendiri 2-0 kepada Terengganu yang memperoleh gol
menerusi S. Paidiya Rau (20) dan Wan Rohaimi Ismail (83).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4c4dJxvh9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan