Selasa, 14 Mac 2017

Rahman hilang 7 pemain



ARKIB : 26/01/2001
Abdul Rahman, bekas jurulatih kebangsaan, menggantikan tempat K. Rajagopal yang berhijrah ke Kelantan musim ini, tampak terpaksa menggunakan sebahagian besar pemain Liga Simpanan selain beberapa pemain sedia ada dalam pasukan Liga Perdana.

Kempen awal Piala FA yang dijadual berlangsung akhir bulan depan bakal menyaksikan ketiadaan tujuh pemain itu yang dilepaskan demi tugas negara.

"Sudah tentu kami terpaksa menggunakan tenaga pemain Liga Simpanan pada permulaan musim Liga Malaysia terutama Piala FA.

"Tujuh pemain kami kini bersama skuad kebangsaan dan mereka tidak akan bersama Selangor untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

"Pasti ia memberi sedikit kesulitan untuk kami menghadapi liga musim ini,'' kata Setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd. Amin.

Penjaga gol Azmin Azram Aziz, pemain pertahanan B. Rajinikandh, Khairil Zainal, Jaafar Salleh dan penyerang Rusdi Suparman kini sedang berlatih bersama pasukan kebangsaan yang bakal menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2002 pada Mac.

Lima pemain itu dijangka mendapat tempat sebagai pemain utama skuad kebangsaan berdasarkan prestasi baik masing-masing.

Mereka juga mewakili pasukan negara yang dibimbing Abdul Rahman pada Piala Tiger 2000 November lalu yang mana Malaysia muncul pemenang tempat ketiga.

Manakala seorang lagi penyerang kebangsaan, Mohd. Nizaruddin Yusof dan pemain bawah 23 negara, Mohd. Shawal Johadi sedang menjalani hukuman penggantungan empat bulan bermula akhir bulan lalu akibat melanggar syarat kontrak dengan bekas majikan mereka, Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Dua pemain itu berhijrah ke Selangor musim ini tetapi jika hukuman gantung dua pemain itu digugurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan membincangkan rayuan mereka, Nizaruddin dan Shawal akan kembali ke kem latihan kebangsaan.

Begitupun, Selangor tidak akan pincang kerana pemain yang ada dianggap setaraf dengan mereka.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4bMrzf3QQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan