ARKIB : 31/03/2001
JUARA Piala Malaysia, Perak akan
bertemu Terengganu untuk merebut Piala Sumbangsih dalam perlawanan pembuka
tirai kempen bola sepak Liga Perdana Satu hari ini, tetapi tumpuan tetap kepada
juara liga Selangor, yang akan berdepan dengan Pulau Pinang.
Pulau Pinang seharusnya cukup
bersemangat kerana akan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Batu Kawan.
Tuan rumah juga sudah pasti mahu
membalas dendam kerana dipaksa berpuas hati selaku naib juara apabila dipintas
oleh Selangor pada hari terakhir liga tahun lepas.
Namun, misi itu bukan mudah
kerana Selangor dijangka menyenaraikan Rusdi Suparman, B. Rajinikandh, Bahtiar
Othman, Khairil Zainal dan Jaafar Salleh, yang sebelum ini mengharungi
kelayakan Piala Dunia 2002 bersama skuad kebangsaan.
Terengganu pula akan beraksi di
Stadium Sultan Nasiruddin Shah di bawah tekanan setelah gagal mempertahankan
Piala FA apabila disingkir oleh Johor FC pada pusingan ketiga.
Juara Perdana Satu tahun lepas,
Kelantan akan melawat Stadium Larkin untuk berdepan dengan Johor.
Dalam perlawanan lain, Perlis
akan menanti Kuala Lumpur di Stadium Utama, Kangar sementara Sarawak menanti
kedatangan naib juara Perdana Dua tahun lepas, Melaka di Stadium Sarawak,
Kuching. Pahang pula akan menentang Negeri Sembilan Kuantan.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bZEmFtCm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan