SHAHROM Abdul Kalam
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Shah Alam: Ketua pasukan
Selangor Shahrom Abdul Kalam enggan mengendahkan dakwaan sesetengah pihak yang
menyifatkan perebutan Piala Malaysia umpama piala kampung atau ‘kejuaraan
sampah’.
Baginya, kesemua saingan Liga
Malaysia (Liga-M) yang dipertandingkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan
Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sama penting seperti
pertandingan lain.
Jelasnya, walaupun timbul
cakap-cakap Red Giants sekadar memburu gelaran jaguh kampung berbanding saingan
Liga Super dan Piala FA yang menawarkan tiket laluan ke Piala AFC, Shahrom
dilihat tenang dan menganggap ia sebagai perang psikologi menjelang aksi final.
“Kerja kami adalah untuk
bermain dan mencari kemenangan. Itu hanya pandangan mereka (mengenai Piala
Malaysia), saya tak kisah apa orang nak kata.
“Paling mustahak ketika ini
kami sudah berada di final Ahad ini,” katanya sewaktu sesi latihan di sini,
semalam.
Pandangan sama turut dikongsi
pengendalinya, K Gunalan yang mengakui langsung tidak terkesan dengan dakwaan
negatif pihak luar itu.
“Saya ada dengar sebelum ini,
mereka (pengkritik) bercakap kami mengejar piala sampah dan macam-macam lagi.
Tapi saya tidak kisah kerana sedar ini satu-satunya pertandingan yang mempunyai
sejarah cukup unik.
“Saya mahu pemain turun beraksi
dengan sepenuh jiwa dan hati mereka, tolak tepi kata-kata orang sebaliknya
berusaha mencari kemenangan,” kata Gunalan.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 10:08 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan