03 Oktober 2016 12:23 AM
Pemain Selangor, Ahmad Hazwan
Bakri (tengah) meraikan kejayaan
Pemain Selangor, Ahmad Hazwan
Bakri (tengah) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pada perlawanan
separuh akhir Piala Malaysia Selangor menentang T Team di Stadium Shah Alam di
sini hari ini.
KUALA LUMPUR 2 Okt. –
Pengendali sementara Selangor, K. Gunalan percaya, biarpun sekadar melakar
kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC II) 2-1 semalam, namun
pasukannya hanya selangkah untuk menghampiri final Piala Malaysia.
Kata Gunalan, jika aksi sama
berjaya diulangi Red Giants dalam kunjungan ke Kuala Terengganu pada 15
Oktober, mereka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas akhir buat kali
kedua berturut-turut.
Gunalan melaungkan keyakinan
bahawa anak-anak buahnya mampu mempamer aksi terbaik dalam separuh akhir kedua.
“Pada awal 15 minit pertama
kita beraksi baik dengan Patrick (Ronaldinho Wleh) beroleh peluang tetapi
selepas itu kita kehilangan sedikit rentak di bahagian tengah selepas Nazmi
(Faiz Mansor) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
“TFC II pula telah bermain
dengan baik dari minit ke-25 hingga ke-40 selepas mereka memperolehi gol
pertama menerusi sepakan penalti.
“Pada babak kedua saya telah
menukar corak permainan yang lebih agresif dan menyerang tetapi banyak peluang
terhidang gagal disudahkan. Secara keseluruhan saya tetap gembira dengan
kemenangan 2-1 ini.
“Perjalanan masih jauh kerana
bukan mudah untuk bermain di tempat lawan. Keyakinan memang ada tetapi dengan
berbekal satu gol kita tidak boleh terlalu yakin,” ujarnya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-selangkah-hampiri-final-1.389836#sthash.oRmmIOQB.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan