JAMLIAH ABDULLAH | 28
Oktober 2016 10:14 AM
KJ-Kedah
CATATAN terbaharu Khairy
Jamaludin di akaun Instagram miliknya malam tadi.
ALOR SETAR 28 Okt. - Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meraih perhatian penyokong Lang Merah
apabila beliau memuatnaik status terbaharunya di Instagram dengan slogan, Pulun
Kedah Pulun malam tadi.
Bukan itu sahaja beliau turut
memuatnaik sekeping gambar lama berbaju hijau kuning termasuk mengecat wajah
dengan warna itu yang diambil ketika pasukan Kedah berentap dengan Singapura di
perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1990.
Dalam status sama, Khairy
Jamaluddin turut menceritakan keterujaan beliau apabila Kedah memenangi
perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka.
“Pulun Kedah Pulun! Kenapa? Ibu
saya berasal dari Alor Setar, “ catatnya dalam status berkenaan. – sumber-UTUSAN
ONLINE
28 Oktober 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan