ARKIB : 19/12/1999
BEKAS ketua pasukan Perlis,
Yusri Che Lah adalah antara muka baru yang berada dalam senarai terakhir skuad
Selangor untuk menghadapi cabaran bola sepak Liga Malaysia, musim depan, lapor
DALLIA DUNSTAN.
Sebelum ini, tiga bekas pemain
Negeri Sembilan _ Zami Mohd. Noor, B. Rajinikandh dan Azmin Azram Aziz menjadi
pemain pertama yang menyatakan persetujuan menyertai Red Giants.
Pengurus pasukan Selangor,
Datuk Mokhtar Ahmad berkata, mereka dijangka menandatangani kontrak bulan ini
atau selewat-lewatnya 1 Januari depan.
''Yang penting, FAS sudah
mendapatkan kebenaran Perlis dan Negeri Sembilan untuk mengambil pemain-pemain
mereka,'' katanya selepas mesyuarat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di
Kelana Jaya, semalam.
Selain empat pemain kebangsaan
itu, bekas pemain Selangor, Rezal Hassan juga berada dalam senarai.
Dia kembali semula menyarung
jersi Merah Kuning selepas dipinjamkan kepada Negeri Sembilan musim ini.
Mesyuarat lebih tiga jam itu
turut dihadiri jurulatih Selangor, K. Rajagopal dan pegawai-pegawai FAS yang
lain.
Antara perkara yang
dibincangkan termasuklah belanjawan yang diperlukan oleh pasukan itu untuk
musim depan.
Mokhtar berkata, beliau percaya
dengan adunan pemain berpengalaman dengan barisan pemain muda, ia mampu
memantapkan lagi pasukan Selangor untuk bersaing merebut kejuaraan.
Tambahnya, pemain-pemain yang
dipilih pernah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pasukan masing-masing.
Mereka juga mampu menggantikan
tempat pemain yang dikektepikan seperti S. Paidiyah Rau, Ahmad Fairuz dan Mat
Zahir Wahab.
''FAS sedang berusaha
mewujudkan konsep baru menguatkan lagi pasukan Selangor dalam usaha muncul
juara Liga Perdana Satu selepas muncul naib juara Liga Perdana Dua dengan
adunan muka-muka baru dan lama,'' katanya.
''Kita juga mempunyai lima
pemain yang dilahirkan selepas 1 Januari 1977. Ia seiring dengan peraturan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meminta sekurang-kurangnya lima pemain
dalam sebuah pasukan harus dilahirkan dalam tempoh tersebut,'' katanya.
Sementara itu, FAS juga akan
meminta Presidennya, Tengku Idris Shah untuk menetapkan satu tarikh untuk
mesyuarat kewangan bagi membincangkan belanjawan pasukan itu untuk tahun 2000.
Tambahnya, FAS juga akan
membuat pemilihan pemain pada 27 Disember di FAM kepada pemain-pemain kelab dan
skuad Piala Presiden atau Piala Dunhill.
SENARAI PEMAIN:
Penjaga gol - Abdul Hadi Mohd
Tahir, Amirrul Zain Ismail, Azmin Azram Akram; Pertahanan - Aizal Lamin, K.
Sanbagamaran, Assrof Mohd Hanafiah, Shamsul Amri Abu Bakar; Kamarulzaman Yob
Majid, Lim Chan Yew, B. Rajinikand, Khairul Azuar Kamirun; Tengah - S.Sivaram,
Abdul Rauf, Mohd Rizal Hassan, Yusri Che Lah; Penyerang - Rusdi Suparman,
Jaafar Saleh, Zami Mohd Noor.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4SmSxRm1Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan