Oleh FADHILUL IZMEL ISHAK
sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Sudahlah perlu
menang ke atas T-Team untuk menjamin tiket ke suku akhir Piala Malaysia, juara
32 kali, Selangor dibebankan pula dengan masalah kecederaan tiga tonggak yang
tidak dapat diturunkan dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, Rabu ini.
Red Giants, yang mengalami satu
lagi keputusan mengecewakan ketika seri 1-1 dengan PDRM kelmarin, masih tidak
dapat menurunkan penyerang, Abdul Hadi Yahya yang belum pulih daripada
pembedahan lutut, manakala Muhammad Afiq Azmi mengalami kecederaan siku dan
Shahrom Abd Kalam cedera di tangan.
Pengendali Selangor, Mehmet
Durakovic bagaimanapun sedikit lega apabila ketua pasukan, Mohd. Bunyamin Omar
bakal kembali memperkuatkan pasukan selepas menamatkan penggantungan dua
perlawanan.
"Memandangkan kami
kehilangan beberapa pemain saya tidak dapat menentukan formasi yang akan
digunakan kerana saya perlu melihat siapa yang saya miliki pada sesi latihan
akan datang.
"Bagaimanapun berita
baiknya, kami kembali mendapat sentuhan ketua pasukan, Bunyamin yang sebelum
ini digantung dua perlawanan," kata Durakovic.
Pada perlawanan di Stadium
Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmnarin, kealpaan benteng Selangor membolehkan
PDRM menyamakan kedudukan pada penghujung permainan menerusi jaringan Mohd.
Alfi Mahmud selepas terdahulu Andik Vermanshah membuka jaringan seawal minit
ke-13.
Durakovic berkata, corak
permainan yang dipamerkan oleh pemain adalah bagus, namun merekahilang fokus
ketika perlawanan tinggal beberapa minit untuk ditamatkan sehingga membuka
ruang untuk dihukum lawan.
"Kami banyak mendominasi corak
permainan ketika menentang PDRM, malah kami berjaya menyumbat gol pertama
perlawanan seawal minit ke-13.
"Bagaimanapun tumpuan
pemain terjejas di ujung perlawanan ketika PDRM mengambil sepakan penjuru.
Pertahanan lambat mengeluarkan bola daria kotak penalti. Akibatnya gol
penyamaan terhasil di lewat permainan.
"Gol itu turut terhasil
disebabkan pemain Selangor tidak mengawal lawan dengan kemas kerana mereka
kerap membiarkan PDRM memasuki kawasan pertahanan tanpa diawasi," katanya
lagi.
Biarpun mengharungi dua
perlawanan terakhir yang mengecewakan, termasuk kalah 1-2 kepada Sime Darby,
Selangor masih berpeluang melayakkan diri ke suku akhir dengan menghuni tangga
kedua Kumpulan D dengan tujuh mana, enam mata di belakang PDRM.
Mereka tidak boleh kalah, Rabu
ini kerana mampu dicantas oleh Sime Darby sekiranya pasukan itu menumpaskan
PDRM dalam perlawanan terakhir. Sime Darby hanya satu mata dipisahkan di
belakang Selangor.
SUMBER
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140901/su_05/Tonggak-cedera-tambah-beban-Selangor#ixzz3C15BbSDR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan