ROZAIDI ZULKIFLI | 14
Oktober 2016 12:30 AM
SHAHROM KALAM
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Tonggak
pertahanan Selangor, Muhd. Shahrom Abdul Kalam mengakui peluang masih terbuka
untuk semua pasukan mara ke pentas akhir tetapi dia percaya dengan prestasi
semasa rakan sepasukannya mereka mampu mengulangi kejayaan tahun lalu.
Bagaimanapun secara peribadi
dia mengibaratkan perlawanan menentang TFC II di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shahadalah aksi final sebenar kerana perlawanan ini akan menentukan
pasukan mana akan mara untuk merebut kejuaraan.
“Bagi saya peluang untuk
keempat-empat pasukan iaitu Selangor, Kedah, TFC II dan PDRM masih terbuka
untuk mara ke final dan separuh akhir kedua ini merupakan perlawanan yang
sangat penting buat semua pasukan.
“Kami memiliki kelebihan
jaringan tetapi tuan rumah mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penonton
sendiri dan kalau ikut rekod dalam aksi Liga Super kami pernah tewas 1-0 tetapi
perlu faham bahawa saingan liga dan piala adalah berbeza.
“Saya juga boleh katakan bahawa
perlawanan Sabtu ini merupakan aksi final sebenar. Ini kerana jika mana-mana
pasukan tewas maka akan berakhir pemburuan kejuaraan Piala Malaysia,” katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shahrom yang merupakan salah
seorang pemain yang membantu Selangor merealisasikan misi 33 kali memenangi
Piala Malaysia musim lalu dan juga merupakan ketua pasukan tidak diturunkan
dalam aksi separuh akhir pertama kerana cedera.
Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE
14 Oktober 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan