ANDIK (tengah) pamer aksi
terbaik.
Shah Alam: Kapten Selangor,
Andik Vermansyah mengakui kecewa dan menyalahkan dirinya apabila gagal
memastikan Red Giants mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas menerusi
sepakan penalti 5-6 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar pada aksi final di
Stadium Shah Alam, malam tadi.
“Jujur saya katakan, saya
kurang berpuas hati dengan permainan sendiri dan tanggungjawab selaku ketua
pasukan amat besar, malah saya sedikit gugup.
“Saya ucapkan tahniah kepada
Kedah dan mohon maaf kepada penyokong Selangor kerana gagal mempertahankan
trofi,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi malam tadi.
Sementara itu pengendali
Selangor, K Gunalan menyifatkan anak buahnya sudah melakukan tugas dengan baik
namun nasib tidak menyebelahi pasukannya kali ini.
“Saya bangga sebab tak kalah
dalam 90 minit dan sehingga masa tambahan tapi sepakan penalti saya tak boleh
nak cakap apa-apa.
“Ia lebih kepada faktor nasib
kerana pemain berpengalaman pun ada yang gagal menyempurnakannya. Tapi walaupun
kami kalah penalti saya tetap bangga dengan pemain.
“Kami mempunyai dua atau tiga
peluang keemasan untuk menjaringkan gol termasuk melalui Hazwan namun nasib
juga tidak menyebelahi kami,” kata Gunalan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:22 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan