FADHILUL IZMEL ISHAK | 02
Oktober 2016 12:16 AM
Pemain-pemain Selangor meraikan
jaringan Ahmad Hazwan Bakri (tengah) untuk gol penyamaan ketika mene
Pemain-pemain Selangor meraikan
jaringan Ahmad Hazwan Bakri (tengah) untuk gol penyamaan ketika menentang TFC
II dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam
malam tadi. – MINGGUAN/Suriya Bonma
KUALA LUMPUR 1 Okt. – Pemain
pertahanan Ugo Ukah muncul wira Selangor apabila jaringannya pada penghujung
permainan membantu Red Giants menyempurnakan kebangkitan untuk menumpaskan
Terengganu FC II (TFC II) 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala
Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.
Kemenangan itu pastinya
membolehkan Selangor berasa sedikit lega apabila mempunyai bekalan satu gol
untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu pada 15 Oktober ini.
Juara bertahan Selangor
terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan perlawanan oleh pasukan pelawat
apabila pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan sepakan penalti
kepada TFC II pada minit ke-21 selepas pertahanan Red Giants, Mohd. Bunyamin
Umar menjatuhkan Safawi Rasid.
Penyerang dari Brazil, Patrick
Cruz tidak mempunyai sebarang masalah untuk menewaskan Khairul Azhan Khalid
sekali gus membuatkan ribuan penyokong Red Giants terdiam seketika.
Tersentak dengan jaringan
tersebut, skuad bimbingan K. Gunalan mula merencana serangan dan percubaan
penyerang Harimau Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri hampir menyamakan kedudukan
namun rembatannya melewati palang gol.
Tidak berputus asa, akhirnya
Hazwan berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan dari luar kotak penalti
menggunakan kaki kiri, menewaskan penjaga gol TFC II, Ilham Amirullah Razali
pada minit terakhir babak pertama selepas menyambar bola sepakan bebas Andik
Vermansah.
Gol penyamaan tersebut nyata
menaikkan lagi semangat pemain Selangor yang semakin garang selepas rehat
apabila kerap melancarkan serangan ke kubu lawan untuk mencari jumlah jaringan
lebih selesa.
Pemain sayap R. Gopinathan
hampir meletakkan Selangor di depan pada minit ke-51 apabila merembat bola yang
ditampan oleh Ilham Amirullah selepas Ronaldinho membuat percubaan namun pemain
TFC II berjaya mengeluarkan bola tersebut dari kawasan bahaya.
Tidak mahu memberi laluan
mudah, skuad bimbingan Rahmad Darmawan melancarkan serangan dan mereka hampir
menembusi gawang gol Selangor namun sepakan bebas Safawi sekadar melewati
palang.
Ketika perlawanan berbaki 10
minit, pertahanan dari Nigeria, Ukah muncul wira Red Giants apabila meledak gol
kemenangan apabila merembat masuk selepas Andik melakukan sepakan bebas.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ukah-selamatkan-selangor-1.389426#sthash.FRcETVPX.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan