Sabtu, 11 Mac 2017

Rajagopal dipilih jurulatih terbaik AFC

ARKIB : 09/09/2000
JURULATIH bola sepak Selangor K. Rajagopal dipilih sebagai Jurulatih Terbaik untuk bulan Ogos oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Rajagopal, bekas pemain kebangsaan, dipilih kerana kejayaannya membimbing Selangor menjuarai liga Perdana Satu Malaysia pada musim ini.

Selangor beraksi pada Perdana Satu selepas muncul naib juara Perdana Dua pada musim lepas.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam, AFC berkata, selepas merangkul kejuaraan Liga Perdana Satu, Selangor terus menguasai pertandingan Piala Malaysia.

Dalam Piala Malaysia, Rajagopal telah membawa pasukannya hampir melayakkan diri ke suku akhir selepas memenangi kesemua tiga perlawanan kumpulan setakat ini.

AFC juga memilih pemain Jepun, Junichi Inamoto sebagai Pemain Terbaik kerana mengetuai kelabnya Gamba Osaka menduduki singgahsana Liga J.

Pemain tengah berumur 20 tahun itu dilihat sebagai antara pemain muda yang paling berbakat yang muncul di Jepun.

BEC Terro Sasana dari Thailand pula dipilih sebagai Pasukan Terbaik untuk bulan Ogos.

BEC menjuarai Liga Perdana Caltex Thai pada tahun ini selepas diketepikan oleh pasukan Tentera Udara Thai pada musim lepas.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4b0Pqv3Bm © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan