ARKIB : 11/07/2005
KUALA LUMPUR - Selangor yang
telah layak ke Liga Super musim depan menamatkan saingan terakhir apabila seri
1-1 menentang MK Land di Stadium Selayang, semalam.
MK Land membuka tirai jaringan
menerusi sepakan penalti Mario Mijatovic seawal minit ketiga tetapi Selangor
menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Nazzab Hidzan pada minit ke-20.
Keputusan itu menyaksikan MK
Land kembali semula menduduki di tangga ketiga selepas terikat dengan 46 mata
tapi dipisahkan dengan jaringan gol.
Di Stadium Negara Hassanal
Bolkiah, Kedah bertindak cemerlang apabila menewaskan Brunei 2-0.
Kemenangan tersebut
mengembalikan semula kedudukan Kedah di tangga kedua memintas MK Land walaupun
terikat dengan mata yang sama tetapi perbezaan gol jelas milik Kedah.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka
yang terjerumus ke Liga FAM musim depan sekadar seri 0-0 bertemu Kuala Lumpur.
Di Stadium Negeri Batu Kawan,
NTFA bertindak garang apabila membelasah TNB 7-0.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman
Paroi, Negeri Sembilan yang lebih awal layak ke Liga Super musim depan
meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Jenderata 4-0.
Kemenangan itu memastikan
Negeri Sembilan kekal di tangga teratas dengan 49 mata.
Di Stadium Sarawak, Terengganu
merampas kedudukan tangga kedua liga apabila menewaskan Sarawak 3-1.
Kemenangan itu memastikan
Terengganu memungut 43 mata manakala PKNS pula dengan 41 mata.
Di Stadium Jcorp Pasir Gudang,
Johor FC mencapai kemenangan tipis apabila menewaskan PKNS 1-0.
Di padang UiTM, Polis yang
sudah tersingkir ke Liga FAM musim depan menewaskan Johor 2-1.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iibsBJak
© Utusan Melayu (M) Bhd