Rabu, 31 Mei 2017

MK Land ikat Selangor



ARKIB : 11/07/2005
KUALA LUMPUR - Selangor yang telah layak ke Liga Super musim depan menamatkan saingan terakhir apabila seri 1-1 menentang MK Land di Stadium Selayang, semalam.

MK Land membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Mario Mijatovic seawal minit ketiga tetapi Selangor menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Nazzab Hidzan pada minit ke-20.

Keputusan itu menyaksikan MK Land kembali semula menduduki di tangga ketiga selepas terikat dengan 46 mata tapi dipisahkan dengan jaringan gol.

Di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Kedah bertindak cemerlang apabila menewaskan Brunei 2-0.

Kemenangan tersebut mengembalikan semula kedudukan Kedah di tangga kedua memintas MK Land walaupun terikat dengan mata yang sama tetapi perbezaan gol jelas milik Kedah.

Di Stadium Hang Tuah, Melaka yang terjerumus ke Liga FAM musim depan sekadar seri 0-0 bertemu Kuala Lumpur.

Di Stadium Negeri Batu Kawan, NTFA bertindak garang apabila membelasah TNB 7-0.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan yang lebih awal layak ke Liga Super musim depan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Jenderata 4-0.

Kemenangan itu memastikan Negeri Sembilan kekal di tangga teratas dengan 49 mata.

Di Stadium Sarawak, Terengganu merampas kedudukan tangga kedua liga apabila menewaskan Sarawak 3-1.

Kemenangan itu memastikan Terengganu memungut 43 mata manakala PKNS pula dengan 41 mata.

Di Stadium Jcorp Pasir Gudang, Johor FC mencapai kemenangan tipis apabila menewaskan PKNS 1-0.

Di padang UiTM, Polis yang sudah tersingkir ke Liga FAM musim depan menewaskan Johor 2-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iibsBJak
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan