Sabtu, 27 Mei 2017

Selangor, N. Sembilan kukuh kedudukan



ARKIB : 14/03/2005

KUALA LUMPUR - Selangor terus mengungguli saingan Liga Perdana Kumpulan A selepas menang tipis 3-2 ke atas Brunei dalam perlawanan di Stadium Negara Hasanal Bolkiah, semalam.

Kemenangan itu sudah cukup menjamin kedudukan Selangor yang tidak tercabar selaku pendahulu apabila memunggut 16 mata.

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Mohd. Haris Safuan, Nazzab Hidzan dan Bambang Pamungkas.

Di Stadium Selayang pula, MK Land meneruskan aksi cemerlang apabila mencatat kemenangan tipis menewaskan Kuala Lumpur 3-2.

Kemenangan itu tidak merubah kedudukan MK Land untuk menduduki tangga kedua di belakang Selangor dengan 14 mata.

Di Stadium Darul Aman pula, Akmal Rizal Rakhli muncul hero apabila menjaringkan gol kemenangan membantu Kedah menewaskan NTFA 1-0.

Akmal mudah menanduk masuk gol tersebut selepas menerima hantaran cantik Mendez Gabriel Alejandro pada minit ke-25.

Manakala di Stadium Hang Jebat pula, Melaka membelasah TNB 5-2.

Gol-gol Melaka dijaringkan oleh Rahim Abu Bakar (m-45), Ridzuan Abu Shah (m-51, m-79), Julio Ramires (m-54) dan Azmi Ariffin (m-57) manakala gol TNB dijaringkan oleh Abdul Latif Yusof (m-4) dan Mohd. Yazli Yahya (m-10).

Sementara dalam perlawanan Kumpulan B pula Negeri Sembilan memperkukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan tersebut.

Seperti yang diramalkan Negeri Sembilan mencapai kemenangan tipis 4-3 menewaskan PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Bagaimanapun Terengganu pula sekadar mencuri satu mata apabila seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium Pasir Gudang.

Dalam perlawanan lain, Sarawak tidak menghadapi masalah apabila mudah menjinakkan Johor 2-0 di Stadium Sarawak.

Sementara itu, Perak Jenderata mencatat kemenangan kedua apabila menang tipis 1-0 ke atas Polis di Stadium UiTM.

Gol tunggal kemenangan hasil jaringan pemain tengah import dari Nigeria, Andrew Imerepamo pada minit ke-58.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iI7npG3O
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan