Isnin, 29 Mei 2017

Selangor rampas tempat teratas



ARKIB : 09/05/2005

PETALING JAYA - Selangor kembali merampas kedudukan teratas Kumpulan A bola sepak Liga Perdana dari MK Land selepas kejayaan selesa menumpaskan Brunei 3-0 di Stadium Petaling Jaya di sini, semalam.

Selangor terpaksa menanti saat-saat akhir babak pertama untuk memecah kebuntuan menerusi, Bambang Pamungkas.

Bambang menambah gol kedua apabila dia menolak masuk bola hantaran Elie Aiboy pada minit ke-74.

Kurang 60 saat kemudian, pemain gantian, Amri Yahyah melakukan larian solo untuk menyumbat gol ketiga.

Selangor kembali berada di tangga teratas mengatasi pendahulu sebelumnya, MK Land Selangor yang hanya seri 1-1 menentang Kuala Lumpur.

Di Stadium Batu Kawan, Kedah terus memberikan ancaman dalam perebutan tempat teratas Kumpulan A dengan menewaskan NTFA Pulau Pinang 2-0.

TNB Kelantan pula membelasah Melaka 7-2 dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV.

Sementara itu, Negeri Sembilan kembali mengancam pendahulu Kumpulan B, Terengganu apabila menewaskan PKNS Selangor 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, semalam.

Kemenangan itu meletakkan Negeri Sembilan di tangga kedua, satu mata di belakang Terengganu yang mengumpul 29 mata.

Terengganu pula mensia-siakan peluang apabila seri 0-0 dengan Johor FC di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Di Stadium Larkin, Johor menewaskan Sarawak 1-0 menerusi jaringan Peter Voros pada minit ke-16. Manakala di Stadium TLDM, Lumut, Polis sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Jenderata Perak.

Gol Polis dijaringkan Ahmad Asraf Mat Disa pada minit ke-66 sebelum Jenderata menyamakan kedudukan menerusi Peter Aiseksame pada minit ke-89.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4iTitrbJY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan