ARKIB : 25/04/2005
KUALA LUMPUR - Dua jaringan
Bambang Pamungkas dan Muhammad Khalid Jamlus memastikan Selangor kukuh sebagai
pendahulu Liga Perdana Kumpulan A apabila menewaskan TNB 2-0 di Stadium Sultan
Mohd. Ke-IV, Kota Bahru, semalam.
Selangor memperoleh gol dalam
tempoh enam minitmenerusi Bambang yang melepaskan rembatan kencang pada minit
keempat. Dua minit selepas itu giliran Khalid menanduk masuk gol kedua.
Di Stadium Selayang, MK Land
berpesta gol apabila membelasah Brunei 6-0 dengan penyerang importnya, Marlon
Alex James meledakkan empat jaringan manakala Miroslav Poth menambah dua gol
lagi. Dua gol lagi disumbangkan oleh Miroslav Toth.
Di Stadium Hang Tuah, Kedah
menewaskan tuan rumah Melaka 1-0 hasil sepakan penalti Yahya Yakubu pada minit
ke-75 sementara di Stadium Batu Kawan, NTFA seri 2-2 dengan Kuala Lumpur.
Dalam Kumpulan B di Paroi,
Negeri Sembilan menewaskan Johor 2-0. Di Stadium UiTM Shah Alam, PKNS
menewaskan Polis 4-2.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iQMm11E7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan