Rabu, 31 Mei 2017

Selangor mencengkam



ARKIB : 20/06/2005

Pemain lincah Selangor, Ellie Aiboy (kiri) diasak dua pertahanan Kuala Lumpur dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) malam tadi. Selangor menang 3-1, satu daripada jaringan disumbangkan oleh Brian Fuentes. - Gambar Nazudeen Mahmud.

KUALA LUMPUR - Selangor mengukuhkan kedudukan untuk memburu tempat ke Liga Super musim depan apabila mudah mencapai kemenangan selesa menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di sini, semalam.

Kemenangan Selangor adalah menerusi jaringan Bambang Pamungkas (minit 30), Brian Fuentes (42) dan Shukor Adan (51) manakala gol tunggal K. Lumpur dijaringkan oleh Zamri Hassan pada minit ke-59.

Kejayaan menewaskan Kuala Lumpur mengukuhkan kedudukan Selangor selaku teraju utama Liga Perdana Kumpulan A dengan memungut 43 mata.

Di Stadium Darul Aman, Kedah terus mengekori Selangor untuk memburu tempat ke Liga Super apabila berpesta gol menerusi kemenangan 4-0 ke atas TNB.

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Gabriel Mendez (50, 53), Liew Kit Kong (78) dan Zamzuri Md Isa (84).

Kedah kini masih kekal di tangga kedua liga memungut 39 mata.

Di Stadium Selayang, pemain import Miroslav Toth muncul hero apabila jaringan tunggalnya sudah cukup memastikan MK Land mencapai kemenangan tipis 1-0 menewaskan NTFA.

MK Land kini masih kekal di tangga ketiga di belakang Selangor dan Kedah dengan 36 mata.

Di Stadium Negara Hasanal Bolkiah, tuan rumah Brunei tidak berdepan dengan sebarang halangan apabila turut mencipta kemenangan berpesta gol menewaskan Melaka 4-1.

Di Stadium Sarawak, Negeri Sembilan terus mengukuhkan kedudukan tangga teratas dalam Kumpulan B apabila mencapai kemenangan mudah menewaskan Sarawak 2-0.

Kemenangan tersebut mencerahkan kedudukan Negeri Sembilan untuk memburu tempat ke Liga Super musim depan dengan baki empat perlawanan perlu dilalui selepas ini.

Negeri Sembilan kini memungut 40 mata ketika saingan terdekat Terengganu sekadar mencatat keputusan seri 3-3.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tuan rumah Terengganu hampa apabila sekadar terikat dengan keputusan seri 3-3 ketika menentang Johor.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Tengku Alias Tengku Ibrahim (35), Md. Norfarhan Mohamad (89) dan Md. Shahrul Azrain (90).

Gol-gol Johor pula dijaringkan oleh Farid Ideris (10), Ahmad Norhafiza Bafri (33) dan Md. Saiful Nizam (60)

Di Stadium Jcorp, Johor FC beraksi cemerlang apabila menewaskan Polis 4-0.

Di Stadium Petaling Jaya, PKNS tidak menghadapi masalah apabila menang selesa mengatasi Jenderata 4-2.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iewSUmIU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan