ARKIB : 07/02/2005
KUALA LUMPUR - Selangor bermula
cemerlang pada aksi pembukaan bola sepak Liga Perdana selepas membenam Melaka
4-1 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Hang Jebat, semalam.
Pemain import, Brian Fuentes
menjaringkan hatrik buat pasukan bimbingan jurulatih Dollah Salleh pada minit kedua,
18 dan 60 dan satu lagi gol dijaringkan oleh pemain Indonesia, Bambang
Pamungkas minit kelapan.
Safri Amit menjaringkan gol
tunggal Melaka pada minit ke-47.
Kedua-dua pasukan bermain
sepuluh orang sepanjang babak kedua.
Di Kota Bharu, Kuala Lumpur
menewaskan pasukan tuan rumah, TNB Kelantan 3-1 pada perlawanan pembukaan bola
sepak di Stadium Sultan Mohamed IV.
Kuala Lumpur membuka tirai
jaringan menerusi penyerang import, Carlos Quinonez pada minit ke-44 apabila
menyempurnakan sepakan penalti selepas rakan sepasukannya, Mohd. Zamri Hassan
dijatuhkan dalam kotak penalti.
Lima minit babak kedua, Sunder
Selver Raju menyumbangkan gol kedua Kuala Lumpur dengan tandukan kemas yang
tidak dapat diselamatkan penjaga gol TNB Kelantan, Mohd. Sany Mohd. Fahmi.
TNB memperoleh gol melalui
Mohd. Sofi Mohd. Ida dua minit selepas itu tetapi Kuala Lumpur tetap menguasai
permainan dan sepakan leret Md. Shariful Hisham pada minit ke-71 terus
mengendurkan perjuangan pasukan tuan rumah.
PKNS Selangor pula berjaya
mencuri satu mata semangat apabila seri 1-1 dengan tuan rumah, Sarawak di
Stadium Negeri, Kuching, terima kasih kepada jaringan penyamaan Josco Torac.
Sarawak mendahului pada minit
ke-34 menerusi Mohd. Sadzly Kassim sebelum Torac menyamakan kedudukan pada
minit ke-57.
Di Stadium Selayang, naib juara
Piala Malaysia, Kedah bermula kurang baik apabila sekadar berkongsi satu mata
selepas seri tanpa jaringan dengan MK Land.
Sementara itu, Brunei
membelasah NTFA Pulau Pinang 5-1 di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Penyerang import Brunei,
Aolusiye Ajayi mencipta hatrik pada minit ke-31, 49 dan 67 manakala dua gol
lagi dijaringkan oleh Suhaimi Yusof (m-67) dan Mohd. Shahril Zain (m-88).
Gol saguhati NTFA pula
dijaringkan oleh penyerang importnya, Ilodusosam pada minit ke-76.
Dalam aksi Kumpulan B,
Terengganu menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 di Stadium Darulmakmur,
Kuantan.
Gol Terengganu dihasilkan
menerusi tandukan Zulharisam Awang pada minit ke-30 dan Zairo Zanuar Zalani
pada minit ke-80.
Di Kuching, Sarawak
menca-tatkan keputusan seri 1-1 dengan pasukan kelab, Selangor PKNS di Stadium
Sarawak.
Sarawak mendahului dengan
tandukan kemas ketua pasukan Mohd. Fadly Kassim pada minit ke-34 sebelum PKNS
menyamakan kedudukan menerusi penyerang importnya Josko Parac pada minit ke-57.
Di Seremban, pasukan tuan rumah
menang tipis apabila menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi.
Gol tunggal Negeri Sembilan
diperoleh menerusi tendangan penalti oleh ketua pasukan Khairul Anuar Baharum
pada minit ke-49.
Pengadil Ibrahim Muhamad
memberikan sepakan penalti itu setelah bola terkena tangan pemain pertahanan
Johor FC, Mohd. Hamzani Omar dalam satu perebutan di dalam kotak penalti.
Di Lumut, Perak Jenderata tewas
2-1 kepada Johor dalam aksi sulungnya dalam Liga Perdana.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4gOc1556U
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan