ARKIB : 28/04/2005
PEMAIN Kuala Lumpur, Carballo
Hector Federico (depan) cuba menghalang pemain Selangor, Mohd. Shukor Adan
dalam aksi bola sepak Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.
Selangor menang 4-3. - Gambar MOHD. NOOR AMIN.
KUALA LUMPUR - Selangor
meneruskan kecemerlangan untuk melebarkan cengkaman selaku pendahulu walaupun
berhempas pulas menewaskan Kuala Lumpur 4-3 dalam saingan bola sepak Liga
Perdana Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini, malam tadi.
Dua gol masing-masing menerusi
Bambang Pamungkas dan Brian Fuentes sudah cukup memastikan Selangor terus kekal
sebagai pendahulu liga Kumpulan A dengan 25 mata.
Di Stadium Selayang pula, MK
Land sekali lagi berpesta gol tidak sampai seminggu dan kali ini giliran NTFA
menjadi mangsa apabila menang besar 7-1.
Ahad lalu, MK Land membelasah
Brunei 6-0 dan kemenangan ini merapatkan lagi kedudukan pasukan itu menghampiri
Selangor untuk mencabar kedudukan pendahulu liga.
Di Stadium Darul Aman, Kedah
turut memahatkan kemenangan bergaya apabila membelasah TNB 5-0 dan masih kekal
di tangga ketiga liga di belakang Selangor dan MK Land.
Di Stadium Negara Hasanal
Bolkiah, Brunei memahatkan kemenangan ketiga musim ini selepas mengalahkan
Melaka 1-0.
Dalam saingan Kumpulan B pula,
Terengganu turut mengekalkan kedudukan selaku peneraju selepas menewaskan Johor
1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Gol kemenangan Terengganu
dijaringkan oleh Luis Fernando Gomez pada minit ke-10.
Di Stadium Sarawak pula,
saingan terdekat Negeri Sembilan mengekori rapat apabila mudah mengetepikan
Sarawak 3-2.
Di Stadium Petaling Jaya, PKNS
turut memahatkan kemenangan selesa untu terus bersaing apabila mudah
menjinakkan Jenderata 3-1.
PKNS masih kekal di tangga
ketiga dengan memungut 19 mata.
Di Stadium Jcorp Pasir Gudang,
seperti yang diramalkan Johor FC tidak menghadapi sebarang masalah apabila
menang 3-1 ke atas Polis.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iQmz20At
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan