Jumaat, 23 Jun 2017

Selangor tambah terseksa



ARKIB : 07/03/2006
Ads by Kiosked
Selangor tambah terseksa

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
Ibrahim Saad (kiri) dan Raja Ahmad Zainuddin (kanan) memerhatikan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Dr. Abdul Rahman Junaidi melakukan undian pusingan kedua Piala FA di Kuching, semalam.

KUCHING - Juara Piala FA, Selangor merintis laluan paling sukar dalam usaha untuk mempertahankan gelaran yang diraih musim lalu apabila diundi bertemu Pahang memulakan kempen perlawanan pertama pusingan kedua berlangsung 15 Mac ini.

Laluan paling sukar buat Selangor ketika prestasi mereka dalam kancah saingan Liga Super terus merosot setelah tewas kepada Pulau Pinang E&O Sabtu lepas, merupakan kekalahan kesembilan daripada 11 perlawanan untuk terus berada di tangga terbawah liga.

Sukar meramalkan peluang Selangor untuk mengatasi Pahang dengan prestasi ibarat `yo-yo' ketika ini.

Berbeza dengan nasib naib juara musim lalu, Perak sedikit mengukir nada kegembiraan apabila diundi bertemu pasukan daripada Liga Perdana, Kelantan.

Dengan reputasi Perak selaku pendahulu Liga Super memintas kedudukan MPPJ Sabtu lepas, apa lagi kelibat lawan iaitu Kelantan dimalukan Brunei DPMMM dengan kekalahan 5-1, merumuskan betapa skuad Seladang tidak berdepan tugas getir untuk menang.

Perak diramal mudah melangkah ke suku akhir.

Turut merintis laluan mudah ialah Perlis yang pernah muncul naib juara pada 2003 tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan, berpeluang menebus kekecewaan tersebut.

Diundi bertemu pasukan belasahan ATM menjanjikan peluang cerah skuad Singa Utara untuk melangkah dengan bergaya ke suku akhir.

Tiada halangan buat Perlis untuk menjinakkan ATM dengan reputasi pasukan itu bermain dalam Liga FAM.

Majlis undian yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam disertai wakil 16 pasukan yang layak ke pusingan kedua disaksikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Lain-lain pertemuan yang bakal menjadi perhatian termasuklah aksi dua pasukan Liga Super, Telekom Melaka dan Negeri Sembilan.

Juara Piala Malaysia 2003, MPPJ Selangor turut berdepan halangan apabila berdepan pasukan di tangga kedua Kumpulan A Liga Perdana, Terengganu.

Sarawak yang mara ke pusingan kedua dengan agregat 7-2 ke atas Proton Selangor dijangka diberi tentangan apabila berdepan PKNS Selangor pada pusingan kedua.

Pasukan kelab yang semakin menyerlah, NTFA dilihat berpeluang untuk meneruskan saingan ke suku akhir apabila diundi menentang PDRM.

Pendatang baru dalam Liga Malaysia (Liga M), pasukan Bawah 23 Singapura yang menyingkirkan Shahzan Muda diundi menentang Johor.

Semua perlawanan pertama pusingan kedua akan diadakan pada 15 Mac depan, kecuali pertemuan pertemuan Pahang-Selangor diawalkan sehari iaitu pada 14 Mac kerana Selangor terbabit dalam perlawanan Piala AFC di Singapura.

Perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA ditetapkan pada 29 Mac.

Sementara itu, jurulatih Sarawak, Jalil Ramli yang merupakan jurulatih tunggal yang hadir pada sesi undian semalam berkata, Sarawak tetap menganggap lawan mereka PKNS, sebagai pasukan yang perlu dihormati.

``Saya anggap semua pasukan yang mara ke pusingan kedua (Piala FA) sebagai pasukan yang kuat dan Sarawak perlu menang di tempat sendiri pada perlawanan pertama pada 15 Mac ini,'' ujarnya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ko9VZYNl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan