ARKIB : 19/06/2006
KUALA LUMPUR - Selangor
mencerahkan peluang untuk kekal dalam persaingan bola sepak Liga Super musim
depan sedang Pahang menempah laluan sukar selepas perlawanan pertama pusingan
pertama play-off, semalam.
Jaringan K. Rajan, Bambang
Pamungkas dan Shukor Adan membawa Selangor menewaskan Johor FC 3-2 di Stadium
J-Corp, Pasir Gudang yang sempat membalas menerusi dua gol Gaston Narcel
Conlon.
Pahang yang melayani DPMM
Brunei di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sekadar seri tanpa jaringan dalam
perlawanan yang begitu hambar kerana tanpa percubaan berbahaya dapat
disaksikan.
Di Stadium Likas, Kota
Kinabalu, Sabah pula kecundang 0-1 kepada jaringan Fabian Flor dari Terengganu
sementara PKNS menyerah mudah 0-3 kepada Sarawak hasil gol Safee Sali (dua) dan
Robert Eshun di Stadium Petaling Jaya
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4lBjmEd3Q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan