ARKIB : 13/01/2006
Oleh AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR - Wira-wira
Selangor yang menundukkan Pahang 1-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada
November 1995, meminta jasa baik Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir
Toyo untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu pemberian tanah seluas 0.4
hektar yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor ketika itu yang sudah
tertangguh selama 10 tahun.
Perkara itu menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan pemain dan pegawai dengan janji yang tidak ditepati
selepas Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-26 hasil jaringan pemain
import, David Mitchell pada masa tambahan sudden-death di Stadium Shah Alam
pada 11 November 1995.
Menteri Besar Selangor ketika
itu, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib telah mengumumkan ganjaran seluas 0.4 hektar
tanah kepada setiap pemain utama pasukan berkenaan.
Kata beliau ketika itu,
kelulusan untuk pemberian tanah tersebut dicapai dalam mesyuarat Exco Negeri
pada 15 November 1995.
Sejurus pengumuman mengenai
perkara itu, pemain Selangor mencapai kata sepakat untuk mengusahakan tanah
kurniaan kerajaan negeri Selangor secara usaha sama.
Namun 10 tahun telah berlalu,
tanah seluas 0.4 hektar yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor ketika
itu masih tidak nampak bayangnya.
Kesemua pemain dan pegawai yang
sepatutnya menerima pemberian tanah tersebut mendakwa pelbagai alasan telah
diberikan dan sudah 10 tahun mereka masih belum mendapat tanah seperti yang
dijanjikan.
Wira-wira Selangor yang beraksi
dalam perlawanan akhir tersebut ialah Azlisham Ibrahim, Assroff Hanafiah,
Asmawi Bakiri, Ismail Ibrahim, K. Gunalan, K. Sanbagamaran, Shahril Arsat,
Rusdi Suparman dan Anuar Abu Bakar.
Sementara tiga pemain import
selain Mitchell ialah Mehmet Durakovic dan Josip Biskic dan jurulatih ketika
itu ialah Ken Worden manakala pembantunya K. Rajagopal.
Salah seorang pemain terbabit
yang enggan namanya disiarkan mendakwa, pada Oktober tahun lalu beberapa pemain
telah bertemu dengan seorang bekas pegawai pasukan itu bagi menyelesaikan
masalah tersebut.
``Kami telah mendapat jaminan
daripadanya bahawa masalah ini akan diselesaikan sebelum Disember tahun lalu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jaojTxJG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan