ARKIB : 30/03/2006
KUALA LUMPUR - Penyandang
juara, Selangor tersingkir manakala Naib Juara, Perak terselamat untuk layak ke
suku akhir selepas mengharungi perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA,
semalam.
Turut mengesahkan kemaraan ke
suku akhir ialah Pahang, Sarawak, Negeri Sembilan Naza, Terengganu, Perlis,
NTFA dan Singapura Bawah 23.
Di Stadium Perak, beraksi
dengan sepuluh pemain namun Perak masih mampu menewaskan Kelantan 3-2 untuk
mara ke suku akhir.
Dua gol menerusi Keita Mandjou
pada minit ke-16 dan 90 sudah cukup mengesahkan kehebatan Perak walaupun pada
satu ketika beraksi dengan sepuluh pemain apabila Mohd Nor Ismail dilayangkan
kad merah pada minit ke-45.
Satu gol lagi milik Perak
dijaringkan oleh Shahrul Nizam Mustafa pada minit ke-63 manakala gol tunggal
Kelantan dicipta oleh Haruna Al Hassan pada minit ke-33.
Di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Pahang meraikan kejayaan ke suku akhir selepas seri 2-2 dengan Selangor.
Bernard Tchoutang membuka tirai
jaringan pada minit ke-22 bagaimanapun Selangor menyamakan kedudukan 1-1
menerusi jaringan Bambang Pamungkas pada minit ke-44.
Indra Putra Mahayuddin
menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-71 tetapi Bambang menyamakan
kedudukan 2-2 namun Pahang mara ke suku akhir menerusi agregat 3-2.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin, Terengganu menewaskan MPPJ 2-1.
MPPJ membuka tirai jaringan
menerusi Haris Safwan pada minit ke-46 tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan
1-1 menerusi Sharlei Mirandha minit ke-61.
Gol kemenangan Terengganu
dijaringkan oleh Shahrul Ezrein Shamsuddin pada minit ke-84.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4kpwTeDlo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan