Jumaat, 2 Jun 2017

Selangor tidak pincang tanpa Sanba



ARKIB : 11/08/2005

KUALA LUMPUR - Tanpa pemain serba boleh, K. Sanbagamaran, Selangor tidak pincang menjelang pertemuan dengan Perak dalam saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Di sebalik ketiadaan Sanbagamaran, Selangor lega apabila Ellie Aiboy pulih daripada kecederaan.

Sebelum ini, skuad Merah Kuning dilanda keresahan apabila Aiboy berada dalam senarai pemain yang diketepikan menjelang pertemuan dengan Perak akibat kecederaan.

Jurulatih, Dollah Salleh berkata, beliau cukup gembira dengan perkembangan terkini Aiboy tetapi pada masa yang sama kecewa gagal menurunkan Sanbagamaran.

Sanbagamaran, pemain tengah kental tidak dapat beraksi pada pertemuan dengan Perak setelah pemain itu dilayangkan kad merah sewaktu Selangor menewaskan MK Land 4-1 minggu lalu.

Sumber=Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iq6xsCbk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan