Sabtu, 18 November 2017

Selangor ambil alih kedudukan kedua



 
ARKIB : 12/03/2008
Selangor ambil alih kedudukan kedua
PEMAIN Perlis, Rudie Ramli (depan) diasak keras pemain UPB My Team, Mijc Dadic dalam persaingan Liga Super di Stadium Utama Kangar, Perlis semalam. Perlawanan terikat 1-1. – Gambar Faizal Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Selangor mengambil alih kedudukan tangga kedua Liga Super dari Perak, yang tidak beraksi semalam apabila menang 2-1 ke atas Polis di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli meletakan pelawat di depan seawal minit keempat sebelum disamakan oleh pemain import Indonesia, Budi Sudarsono minit ke-66.

Akmal memastikan Selangor mengutip tiga mata penuh dengan jaringan kemenangan pada minit ke-83.

Kedah yang beraksi dalam kempen Piala AFC di Stadium Darulaman, Alor Star semalam terus unggul di tangga teratas Liga Super dengan 38 mata.

Manakala Perak yang bertandang ke Maldives dalam saingan yang sama turun satu anak tangga di tangga ketiga dengan 34 mata.

Sama seperti Selangor, Johor FC turut memperbaiki kedudukan naik satu anak tangga memintas Terengganu, yang tidak beraksi menduduki tangga keempat apabila membelasah Sarawak 4-0 di Stadium Sarawak, Kuching.

Mohd. Riduwan Ma’on memulakan pesta gol pelawat di minit ke-41 disusuli Mohd. Azizan Baba minit ke-62.

Walter Silva menamatkan harapan tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-62 dan penalti minit ke-84.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, tuan rumah Pahang terikat tanpa jaringan dengan Brunei DPMM.

Manakala di Stadium Bandaraya, NS Naza naik satu anak tangga ke kedudukan keenam selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Pelawat memperoleh jaringan menerusi Shahurain Abu Samah (m-4), Mohd Aidil Zafuan Adha (m-67) dan gol kemenangan Mohd. Zaquan Adha (m-87).

Jaringan Scott Alistair Lawson (m-29) dan Mat Saiful Mohamad (m-74) gagal membantu Pulau Pinang menamatkan badi kekalahan.

Stadium Negeri Kangar pula menyaksikan, Perlis seri 1-1 dengan UPB My-Team.

Tuan rumah berada di depan menerusi Phillimon Chipeta pada minit ke-72 sebelum disamakan oleh Irwan Fadli Shah minit ke-89.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4yp1qhAOI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan