ARKIB : 13/02/2008
PEMAIN Negeri Sembilan, Mohamad
Zaquan Adha, (tengah), diasak dua pemain Terengganu ketika perlawanan Liga
Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam. Keputusan
terikat 1-1. Gambar SHAHJEHAN MAAMIN.
KUALA LUMPUR Selangor menebus
kekalahan 2-4 di tempat sendiri minggu lalu apabila menewaskan Perak 4-1 pada
perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Bekas penyerang import Perak,
Frank Seator menyumbat dua gol buat Selangor pada minit ke-16 dan penalti minit
ke-53.
Manakala dua lagi gol
dijaringkan Safee Sali (m-65) dan Amirul Hadi Zainal (m-90). Perak memperoleh
gol tunggal menerusi penalti Carlos Caceres (m-49).
Kemenangan itu sekaligus
menyaksikan pasukan Merah Kuning (26 mata) hanya dipisahkan dua mata sahaja di
belakang pendahulu liga, Kedah (28) yang tidak turun beraksi semalam.
Manakala Perak tergelincir satu
anak tangga di tempat ketiga dengan kekal 24 mata. Kedah bagaimanapun bermain
kurang satu perlawanan.
Negeri Sembilan pula kekal di
tangga keempat selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu di Stadium
Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Ching Hong Aik membuka jaringan
buat Negeri Sembilan pada minit ke-73 sebelum Terengganu menyamakan kedudukan
menerusi Joseph Bento Dos Anjos (m-84).
Perlis pula melonjak ke tangga
kelima liga untuk memintas Terengganu selepas membenam Pulau Pinang 3-1 di
Stadium Bandaraya.
Gol-gol Perlis dijaringkan
Yusri Che Lah (m-67), K. Soley (m-81) dan Rudy Ramly (m-89) manakala gol
tunggal tuan rumah dijaringkan Mohd. Azrul Ahmad (m-59).
Lain-lain perlawanan
menyaksikan Sarawak menewaskan Pahang 2-1, Johor FC menang 2-0 ke atas Polis
manakala UPB-MyTeam seri 0-0 dengan DPMM Brunei.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4yh3p8LnJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan