Jumaat, 3 November 2017

Red Giants asah taring



ARKIB : 02/02/2008
Oleh: SAYED HESHAM IDRIS
KEMBALI...Bintang bola sepak Indonesia, Elie Aiboi (kiri) menyarung semula jersi Selangor dan dijangka diturunkan menentang Perak pada malam ini.

KUALA LUMPUR – Gergasi Merah Kuning mahu menjadikan Perak sebagai mangsa pertama merasai ‘sengatan berbisa’ pemain sayap lincah, Elie Aiboy pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam, hari ini.

Pengurus pasukan, Hamidin Mohd. Amin berkata, kehadiran semula Elie pasti akan menambah ketajaman jentera serangan yang diterajui Safee Sali, Akmal Rizal Rakhli mahupun Indera Putra Mahayuddin.

‘‘Kita sudah tahu kelincahan Elie membantu jentera serangan Selangor pada musim 2005 sehingga menghadiahkan kita tiga piala.

‘‘Kita tetap menaruh keyakinan Elie mampu memberikan sentuhan yang serupa untuk barisan serangan Selangor walaupun para pemain di posisi itu sudah berubah berbanding musim 2005.

‘‘Jadi Perak perlu bersedia untuk menjadi mangsa pertama Selangor yang menerima kembali sentuhan Elie,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Elie, 28, yang tiba di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT) di Sepang, kelmarin akan membantu jentera serangan Selangor yang mungkin akan menurunkan Safee dan Akmal.

Sementara itu, kedudukan Kedah di takhta liga tidak tergugat walaupun tidak beraksi hari ini.

Namun, jika keputusan di Shah Alam memihak kepada Perak yang menduduki tangga keempat berupaya memperbaiki kedudukan sekurang-kurangnya di tangga ketiga, bergantung kepada keputusan perlawanan Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Jika Negeri Sembilan, di tangga ketiga tewas, dan Perak menang ke atas Selangor, pasukan Seladang bakal mengambil alih kedudukan tangga kedua

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4xNL9Thxt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan