ARKIB15.1.2008
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
PEMAIN pertahanan Selangor,
Mohd. Razman Roslan menyatakan dia dalam keadaan bersedia untuk menangkis
segala asakan jentera serangan Terengganu dalam aksi Liga Super di Kuala
Terengganu malam ini.
Gandingannya bersama pertahanan
import dari Zambia, Evans Chisulo dilihat semakin mantap kebelakangan ini
selepas digandingkan dalam empat perlawanan terakhir skuad Gergasi Merah itu.
“Saya mula digandingkan dengan
Evans ketika perlawanan menentang Kedah. Pada awalnya, memang agak sukar nak
bentuk persefahaman dengan Evans.
“Tetapi selepas itu, ketika
menentang Perlis, Pahang dan Polis, saya sudah mula memahami corak permainannya
dan kami kini semakin serasi,” katanya.
RAZMAN (kiri) bertekad mahu
kekang Terengganu
Razman, 24, bagaimanapun tetap
menganggap perlawanan menentang Terengganu di gelanggang lawan malam ini pasti
sukar seperti ketika aksi di Alor Star pada 29 Disember lalu di mana Selangor
dibelasah Kedah 2-6.
“Walaupun diberitakan penyerang
import Terengganu tidak dapat beraksi, kami tidak mahu terlalu yakin. Saya
sudah cakap dengan Evans, kita telah bolos satu gol dalam setiap perlawanan
pada tiga aksi lalu.
“Jadi, saya dan Evans kini
menyimpan hajat untuk memastikan pintu gol Selangor tidak dibolosi pada
perlawanan ini, sekali gus meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan
Polis 4-1, Sabtu lalu,” ujarnya.
Pemain kelahiran Kajang itu
turut memberitahu dia semakin selesa dengan posisi pertahanan tengah selepas
hanya mengisi posisi pertahanan kanan atau sayap kanan sejak menyertai skuad
senior Selangor pada 2004.
“Sebelum ini saya tidak diberi
peluang beraksi sebagai pertahanan tengah, tetapi Alhamdulillah sekarang saya
rasa semakin matang dengan posisi baru ini. Insya-Allah saya dan rakan-rakan
akan berusaha mencuri mata daripada Terengganu,” jelasnya.
Dalam pada itu, Selangor
kehilangan tonggak pertahanan kiri, P. Gunalan yang digantung satu perlawanan
setelah mengutip kad kuning ketiga, Sabtu lalu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4w8hO0pKO
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan