Isnin, 31 Oktober 2016

Rizal pasrah

RIZAL (dua kiri) miliki sejarah gagal sepakan penalti sejak di Kelantan.
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Dua watak bernama Rizal menjadi tumpuan pada final Piala Malaysia kelmarin antara Kedah dan Selangor namun kedua-duanya mempunyai cerita berbeza terutama ketika detik penentuan penalti terakhir.

Rizal Ghazali iaitu pertahanan Kedah dijulang sebagai wira kerana berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun pertahanan tengah Selangor, Rizal Fahmi Rosid berdepan situasi berbeza kerana tugas yang diberi gagal disempurnakan.


Bagaimanapun, Rizal Fahmi tidak mahu insiden itu melemahkan semangatnya untuk masa akan datang, sebagai seorang pemain bola sepak profesional dia pasrah dengan kegagalan itu dan tidak serik mengambil sepakan penalti jika diberikan tanggungjawab sekali lagi.

“Sejarah gagal menyempurnakan sepakan penalti memang berlaku buat saya sejak bermain bersama Kelantan lagi. Malam ini (kelmarin) sama juga namun sebagai seorang pemain bola sepak istilah serik tidak ada dalam diri saya,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Rizal yang beraksi selama 120 minit mengakui berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh rakan sepasukan hingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

“Kami bermati-matian untuk cuba mengekalkan trofi ini di bumi Selangor, namun ketika penentuan penalti ada antara kami termasuk saya sendiri gagal menyempurnakan tugas yang diberikan.

“Memang ada sedikit perasaan kecewa tapi inilah lumrah bola sepak,” kata pemain kelahiran Tumpat itu.

Dia yang pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan mengakui Selangor layak dipuji walaupun tumpas kerana mereka bukan kalah tanpa memberi tentangan sengit kepada lawan.

“Kami kalah melawan, semua pemain sudah memberikan aksi 100 hingga 200 peratus. Kami juga sering berlatih mengambil sepakan penalti namun apa boleh buat bukan rezeki kami,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 6:21 AM



KEPUTUSAN PENUH SELANGOR 1-1 (5-6) KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali  
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
16 MAURO OLIVI
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI
18 HALIM  SHAARI

19 FARHAN ROSLAN

'Maafkan saya gagal pertahankan piala'

 
ANDIK (tengah) pamer aksi terbaik.

Shah Alam: Kapten Selangor, Andik Vermansyah mengakui kecewa dan menyalahkan dirinya apabila gagal memastikan Red Giants mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas menerusi sepakan penalti 5-6 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

“Jujur saya katakan, saya kurang berpuas hati dengan permainan sendiri dan tanggungjawab selaku ketua pasukan amat besar, malah saya sedikit gugup.

“Saya ucapkan tahniah kepada Kedah dan mohon maaf kepada penyokong Selangor kerana gagal mempertahankan trofi,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi malam tadi.


Sementara itu pengendali Selangor, K Gunalan menyifatkan anak buahnya sudah melakukan tugas dengan baik namun nasib tidak menyebelahi pasukannya kali ini.

“Saya bangga sebab tak kalah dalam 90 minit dan sehingga masa tambahan tapi sepakan penalti saya tak boleh nak cakap apa-apa.

“Ia lebih kepada faktor nasib kerana pemain berpengalaman pun ada yang gagal menyempurnakannya. Tapi walaupun kami kalah penalti saya tetap bangga dengan pemain.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol termasuk melalui Hazwan namun nasib juga tidak menyebelahi kami,” kata Gunalan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:22 AM

Ahad, 30 Oktober 2016

KEPUTUSAN MASA TAMBAHAN PERTAMA SELANGOR 1-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
16 MAURO OLIVI
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI

18 HALIM  SHAARI

KEPUTUSAN MASA KEDUA SELANGOR 1-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI
18 HALIM  SHAARI


TERKINI SELANGOR 1-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI

18 HALIM  SHAARI

TERKINI SELANGOR 0-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI

18 HALIM  SHAARI

KEPUTUSAN MASA PERTAMA SELANGOR 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-0 Kedah      
         
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN

13 KHAIRUL HELMI

TERKINI SELANGOR 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-0 Kedah      
         
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL
14 SMELTS SHANE

PEMAIN GANTIAN

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2016 SELANGOR 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-0 Kedah      
         
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN


PEMAIN KEDAH
21 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN

14 SMELTS SHANE

Impian menggunung K. Gunalan

Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
GUNALAN (kanan) optimis para pemainnya mampu merealisasi impian Selangor untuk merangkul Piala Malaysia buat kali ke-34 pada final menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam ini.

KEJAYAAN menjulang trofi sebagai jurulatih lebih manis berbanding ketika menjadi pemain.”

Demikian ujar pengendali Selangor, K. Gunalan yang meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak buahnya supaya impian untuk meraih Piala Malaysia sebagai ketua jurulatih terlaksana pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam ini.

Sebagai rekod, bekas pemain kebangsaan itu adalah watak penting dalam skuad Gergasi Merah yang berjaya mencipta gelaran ‘hatrik’ Piala Malaysia pada edisi 1995 hingga 1997.

Sehubungan itu, Gunalan yang mengambil alih posisi yang ditinggalkan oleh pengendali asal Sela­ngor musim ini, Zainal Abidin Hassan yang dipecat pada Ogos lepas, percaya barisan pemain mampu merealisasikan hasratnya untuk mendakap trofi bersejarah itu sebagai jurulatih buat pertama kali.

“Saya pernah memenangi piala ini sebanyak tiga kali sebagai pemain dan sekali sebagai jurulatih. Secara jujur, perasaan untuk membawa pasukan ke pentas ­akhir bukan mudah kerana ia ada cabarannya tersendiri.

“Namun, saya akui akan lebih puas sekiranya saya dapat memenangi trofi ini sekali lagi ketika bergelar jurulatih. Ini adalah pe­luang saya dan pemain untuk mencatat nama dalam sejarah pasukan Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.

Mengulas lanjut, Gunalan turut mendedahkan kemungkinan besar formula atau kesebelasan utama yang sama bakal digunakan pada pertemuan menentang skuad Helang Merah tetapi segalanya bergantung kepada kecergasan pemain.

“Saya gembira kerana semua pemain telah kembali pulih daripada kecederaan dan membuatkan kami lebih banyak pilihan. Bagaimanapun, saya boleh mengesahkan bahawa barisan pertahanan Selangor akan kekal diterajui oleh Ugo Ukah dan Rizal Fahmi Abdul Rosid kerana mereka beraksi dengan cemerlang pada kempen sebelum ini.

“Susulan itu, khidmat ketua pa­sukan, Shahrom Kalam terpaksa diletakkan di bangku simpanan dan lilitan kapten bakal diserahkan sekali lagi kepada bintang import kami, Andik Vermansyah.

“Mengenai taktikal perlawanan, saya inginkan pemain supaya beraksi lebih tenang selain mahu mereka memburu gol awal untuk mengelakkan pasukan bermain dalam keadaan tertekan. “Bagaimanapun, harapan utama adalah untuk menghabiskan permainan dalam tempoh 90 minit tetapi saya turut memastikan pemain telah bersedia mengenai kemungkinan saingan diheret ke penentuan penalti,” ujarnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4OZ0WgLCX Hakcipta terpelihara

Sabtu, 29 Oktober 2016

DETIK PENENTUAN

 
CHENG HOE (dua dari kanan) berjabat tangan dengan Gunalan pada sidang akhbar di Shah Alam semalam menjelang final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini. Turut kelihatan kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) dan Andik Vermansyah (kiri).

SAINGAN Liga Malaysia 2016 menutup tirai malam ini dengan aksi final Piala Malaysia yang menemukan juara bertahan, Selangor dan jagoan utara, Kedah.

Berlangsung di Stadium Shah Alam dengan sepak mula pada pukul 9 malam sudah pasti enggan dilepaskan oleh puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan yang dahagakan kejayaan.

Skuad Gergasi Merah bimbingan K. Gunalan tekad mempertahankan kejuaraan sekali gus bergelar juara buat kali ke-34, manakala Helang Merah yang mendapat sentuhan Tan Cheng Hoe dalam misi membalas dendam apabila tewas pada final sama musim lalu.

“Saya pernah memenangi piala ini sebanyak tiga kali sebagai pemain dan sekali sebagai jurulatih, namun saya akui saya akan lebih puas sekiranya dapat memenangi trofi ini sekali lagi ketika bergelar jurulatih,” ujar Gunalan.

Cheng Hoe pula seolah-olah memberikan bayangan bahawa skuad kendaliannya tidak rela lagi dikecewakan oleh Selangor seperti edisi lalu.

“Tahun lepas (pada aksi final Piala Malaysia) hujan lebat dan mungkin banyak menjejaskan corak permainan kita tetapi itu bukan alasan. Sepanjang seminggu (sesi) latihan, saya nampak para pemain menikmati motivasi tinggi dan diharapkan mereka dapat memberikan 100 peratus pada final nanti,” ujar Cheng Hoe.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4OXdqFcSk Hakcipta terpelihara

SENARAI PENJARING GOL SELANGOR DALAM PIALA MALAYSIA 2016

OLEH-AHMAD BIN  YAAKOB
Enam Gol
Patrick Ronaldinho                
Empat gol
R. Gopinathan
Tiga gol         
Hazwan Bakri            
Ugo Ukah                  
Dua gol
Mauro Olivi                
Satu gol
Abdul Hadi Yahya                
Adam Nor Azlin                    
Andik Vermansah                  
Nazmi Faiz                 


SENARAI PEMAIN PIALA MALAYSIA SELANGOR 2016

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Ketua Jurulatih: Zainal Abidin Hassan/K. Gunalan 
Penjaga gol
Norazlan Razali
Khairul Azhan Khalid
Zarif Irfan Hishamuddin

Pertahanan
Shahrom Abdul Kalam
Ugo Ukah
Mohd Razman Roslan
Bunyamin Umar
Rizal Fahmi Rosid
Muhamad Azmi Muslim
Raimi Md Nor

Tengah
Nazmi Faiz Mansor
Andik Vermansah
S. Veenod
Mohd Hafiz Kamal
R. Gopinathan
Saiful Ridzuwan
Mohd Fittri Shazwan

Penyerang
Patrick Ronaldinho
Ahmad Hazwan Bakri
Abdul Hadi Yahya
Mauro Olivi
Adam Nor Azlin


Jangan mimpi gol mudah:Ukah

 
UKAH
myMetro
Shah Alam: ‘Kereta kebal’ di bahagian pertahanan Selangor Ugo Ukah sudah bersedia untuk menghalang jentera serangan Kedah yang bakal ditunjangi gandingan import tiga serangkai pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Trio awang import Helang Merah - Liridon Krasniqi, Thiago Augusto dan Shane Smeltz - pastinya berdepan halangan cukup sukar untuk melepasi Ukah yang memiliki pengalaman luas beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Queens Park Rangers sebelum ini.

Jelasnya, dia dan rakan sepasukan lain sudah bersedia sepenuhnya untuk mengekang kelibat ketiga-tiga tonggak import itu nanti.


“Mereka memang memiliki penyerang hebat tapi harus diingat kami juga mempunyai barisan pertahanan kental. Contoh paling jelas apabila kami tidak bolos ketika menentang T-Team pada separuh akhir kedua.

“Kami juga menumpukan latihan dalam membentuk pertahanan mantap, selain saya sendiri akan menggunakan pengalaman yang ada.

“Jangan harap mereka dapat gol mudah dan saya sendiri bersedia untuk menghampakan jentera serangan mereka,” katanya yang pernah memenangi piala ketika beraksi dalam Liga Serbia sebelum ini.

Katanya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sebaliknya perlu berwaspada dengan ancaman barisan depan Red Giants yang akan diketuai tonggak import tinggi lampai dari Liberia, Patrick Ronaldinho, Andik Vermansyah dan Ahmad Hazwan Bakri.

“Saya pasti aksi kali ini akan jadi menarik dengan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang. Tapi Selangor mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di Stadium Shah Alam.

“Jika ada peluang, saya sendiri akan cuba menjaringkan gol seperti mana dalam aksi sebelum ini,” katanya yang sudah mempunyai koleksi empat gol dengan tiga daripadanya disumbangkan dalam kempen Piala Malaysia.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 10:04 AM


IMBASAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2015 SELANGOR 2-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selangor       2-0    Kedah
m-3,m-47 Hazwan Bakri
PEMAIN SELANGOR                       
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA
PEMAIN GANTIAN
23 S.VENOOD
24 FITRI SHAZWAN
25 K.GURUSAMY

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN
10 CHIDI EDEH
PEMAIN GANTIAN
19 FARHAN ROSLAN
09 SYAFIQ AHMAD
21 SYAZWAN ABDULLAH


Pulun Kedah pulun! KJ

JAMLIAH ABDULLAH  |  28 Oktober 2016 10:14 AM
 KJ-Kedah
KJ-Kedah
CATATAN terbaharu Khairy Jamaludin di akaun Instagram miliknya malam tadi.
ALOR SETAR 28 Okt. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meraih perhatian penyokong Lang Merah apabila beliau memuatnaik status terbaharunya di Instagram dengan slogan, Pulun Kedah Pulun malam tadi.

Bukan itu sahaja beliau turut memuatnaik sekeping gambar lama berbaju hijau kuning termasuk mengecat wajah dengan warna itu yang diambil ketika pasukan Kedah berentap dengan Singapura di perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1990.

Dalam status sama, Khairy Jamaluddin turut menceritakan keterujaan beliau apabila Kedah memenangi perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka.


“Pulun Kedah Pulun! Kenapa? Ibu saya berasal dari Alor Setar, “ catatnya dalam status berkenaan. – sumber-UTUSAN ONLINE28 Oktober 2016

Khamis, 27 Oktober 2016

Malas layan...

 
SHAHROM Abdul Kalam
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Shah Alam: Ketua pasukan Selangor Shahrom Abdul Kalam enggan mengendahkan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan perebutan Piala Malaysia umpama piala kampung atau ‘kejuaraan sampah’.

Baginya, kesemua saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dipertandingkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sama penting seperti pertandingan lain.

Jelasnya, walaupun timbul cakap-cakap Red Giants sekadar memburu gelaran jaguh kampung berbanding saingan Liga Super dan Piala FA yang menawarkan tiket laluan ke Piala AFC, Shahrom dilihat tenang dan menganggap ia sebagai perang psikologi menjelang aksi final.

“Kerja kami adalah untuk bermain dan mencari kemenangan. Itu hanya pandangan mereka (mengenai Piala Malaysia), saya tak kisah apa orang nak kata.

“Paling mustahak ketika ini kami sudah berada di final Ahad ini,” katanya sewaktu sesi latihan di sini, semalam.

Pandangan sama turut dikongsi pengendalinya, K Gunalan yang mengakui langsung tidak terkesan dengan dakwaan negatif pihak luar itu.

“Saya ada dengar sebelum ini, mereka (pengkritik) bercakap kami mengejar piala sampah dan macam-macam lagi. Tapi saya tidak kisah kerana sedar ini satu-satunya pertandingan yang mempunyai sejarah cukup unik.

“Saya mahu pemain turun beraksi dengan sepenuh jiwa dan hati mereka, tolak tepi kata-kata orang sebaliknya berusaha mencari kemenangan,” kata Gunalan.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 10:08 AM