ARKIB : 19/02/2009
SHAH ALAM - Malam yang serba
tidak menjadi buat Selangor apabila kecundang 0-1 kepada UPB-MyTeam dalam aksi
Liga Super, kelmarin.
Lebih malang, gergasi merah
terpaksa melepaskan tampuk Liga Super kepada Kelantan yang melangkah bergaya
meninggalkan parut di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan kemenangan 5-1 ke
atas pasukan tuan rumah.
Kekalahan itu jelas mengundang
resah buat jurulatih Selangor, K. Devan yang akur tetapi resah dengan
persembahan beberapa pemain tonggaknya tidak bermain dengan baik.
Tanpa berselindung Devan
menyenaraikan beberapa pemainnya yang gagal mempamerkan permainan kemas berbeza
dengan aksi mereka sebelum ini yang membolehkan Selangor berada di puncak Liga
Super.
"Amri Yahyah, Amirulhadi
Zainal dan Safee Sali tidak beraksi dengan baik malam ini (kelmarin), mungkin
mereka tidak bersedia," kata Devan selepas perlawanan di Stadium Shah
Alam, kelmarin.
Bekas jurulatih Kuala Muda Naza
dan Negeri Sembilan itu, sebaliknya memuji persembahan UPB-MyTeam yang bermain
dengan baik dan berjaya mencuri tiga mata dari mereka.
"Saya mengakui pemain saya
tidak berada pada tahap terbaik tetapi Hardi Jaafar dan barisan pertahanan
melakukan tugas mereka dengan cemerlang.
"Sebaik sahaja perlawanan
separuh masa pertama tamat saya memberitahu mereka saya agak terkejut dengan
corak permainan yang dipamerkan dan menasihatkan mereka supaya segera bangkit
dari lamunan," ujarnya.
Apa pun, menurut Devan,
kekalahan tersebut tidak akan mematahkan semangat anak buahnya yang akan
beraksi menentang Kuala Lumpur Sabtu ini dalam pusingan kedua Piala FA.
"Saya harap kekalahan ini
akan menjadikan pemain saya lebih bersemangat untuk membaiki kelemahan mereka
seterusnya beraksi dengan cemerlang dalam pertemuan menentang Kuala Lumpur
hujung minggu ini.
"Saya tidak akan membuat
banyak perubahan kecuali pemain yang cedera seperti D. Surendren yang terpaksa
dikejarkan ke hospital akibat berlanggar dengan Khairul Anuar Baharom,"
jelas Devan.
Tambahnya, kekalahan kepada
UPB-MyTeam dianggap sebagai perkara biasa dalam bola sepak dan pasukan
bimbingan Bojan Hodak berhak untuk memenangi perlawanan tersebut di atas usaha
gigih mereka.
Sabtu ini pertembungan dua
pasukan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor dalam saingan Piala FA di
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur akan mengimbau kembali nostalgia antara dua
seteru itu yang menghiasi Liga Malaysia sejak dari zaman semi-pro
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz51toMoYDX
© Utusan Melayu (M) Bhd