ARKIB : 22/01/2009
SHAH ALAM - Selangor
menggunakan rehat selama hampir sebulan daripada saingan Liga Super untuk
menguji pemain- pemain mudanya.
Jurulatih Selangor, K. Devan
berkata, ini sebagai langkah untuk mengekalkan rentak konsisten pasukan itu
dalam kancah saingan yang dijangka lebih sengit selepas ini.
Katanya, bukan kedudukan
pendahulu liga yang sudah terlepas kepada KL PLUS menjadi keutamaannya tetapi
memiliki pemain yang seimbang dari segi keupayaan adalah lebih penting ketika
ini.
"Tumpuan saya sekarang
ialah untuk menjadikan Selangor konsisten dalam setiap perlawanan yang bakal
dihadapi.
"Kami mahu buru tiga mata
setiap kali beraksi di tempat sendiri dan begitu juga kalau boleh di tempat
lawan.
"Jadi kami sudah aturkan
beberapa perlawanan persahabatan untuk memastikan pemain muda kami cergas dan
bersedia bila-bila masa untuk diturunkan," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas
menyaksikan pasukan bimbingannya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1
pada perlawanan persahabatan di sini, kelmarin.
Hampir separuh daripada pemain
Piala Presiden Selangor diturunkan berikutan ketiadaan beberapa pemain utama
yang dipanggil untuk persiapan skuad negara menghadapi kelayakan Piala Asia.
Antara pemain daripada skuad
utama Selangor yang beraksi adalah Mohd. Amri Yahyah, Khairul Anuar Baharom, R.
Surendran dan P. Gunalan.
Selangor akan mengatur satu
lagi perlawanan persahabatan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) minggu
depan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz51WcV0UMf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan