ARKIB : 15/02/2009
PEMAIN Perlis, Badrul Azam
Zamri (kiri) diasak keras pemain Negeri Sembilan, Mohd. Rahman Zabul pada
perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.
Perlis menang 1-0. - Mingguan\Faizal Abu Hassan
KUALA LUMPUR - Selangor kembali
menerajui takhta Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas KL Plus
pada perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Dua gol daripada Mohd. Amri
Yahyah (m-27, 54) dan satu menerusi Amirul Hadi Zainal (m-72) sudah cukup untuk
membolehkan pasukan bimbingan K. Devan itu menyingkirkan Negeri Sembilan
daripada puncak liga.
Gol tunggal KL Plus pula
dijaringkan Norhafiz Zamani Misbah (m-58) tetapi sudah terlambat untuk menyekat
Selangor meraih tiga mata berharga itu.
Kejayaan Selangor itu turut
dibantu kekalahan 0-1 Negeri Sembilan kepada tuan rumah, Perlis pada perlawanan
di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Gol kemenangan Perlis
dijaringkan Ahmad Fakry Saarani (m-16) sekal igus mengecewakan pasukan pelawat
yang kini ketinggalan tiga mata di belakang Selangor.
Turut memintas Negeri Sembilan
ialah Kelantan yang kini berkongsi 15 mata sama dengan Selangor selepas
membenam Terengganu 3-2 di Stadium Sultan Mohd. Ke- IV, Kota Bharu.
Kelantan bagaimanapun terpaksa
menghuni tangga kedua liga hanya kerana perbezaan jaringan sahaja dengan
Selangor.
Kuala Muda Naza pula mencatat
kemenangan selesa 3-1 ke atas Pulau Pinang pada perlawanan di Stadium Darul
Aman, Alor Setar.
Zulhissham Jamaluddin mencipta
hatrik apabila menjaringkan ketiga-tiga gol tuan rumah pada minit ke-44, 54 dan
76 manakala gol tunggal pelawat dijaringkan S. Veenod (m-57).
Kedah meneruskan kebangkitan
daripada permulaan hambar awal musim apabila menewaskan UPB-MyTeam 1-0 pada
perlawanan di Stadium Petaling Jaya.
Begitu juga dengan Perak yang
mencatat kemenangan serupa ke atas Johor FC pada perlawanan di Stadium J-Corp
Pasir Gudang, Johor.
Satu lagi perlawanan menyaksikan
Pahang yang bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menewaskan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) 4-1.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz51oVbdbVK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan