ARKIB : 06/09/2008
KUALA LUMPUR -
Sekurang-kurangnya 14 pemain musim 2007-2008 sahaja bakal dikekalkan oleh naib
juara Piala Malaysia dan Piala FA, Selangor bagi menghadapi musim baru
persaingan bola sepak Liga Malaysia yang akan kembali Januari tahun depan.
Angka daripada sejumlah 25
orang itu merupakan cadangan pengurus pasukan Gergasi Merah, Zakaria Ab. Rahim
(gambar) untuk dimuktamadkan dalam mesyuarat jawatankuasa pertandingan
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Wisma FAS, Kelana Jaya, esok.
"Bagi musim baru, saya
berhasrat mengekalkan hanya pemain yang betul-betul setia kepada pasukan,
berdisiplin dan sentiasa mempunyai keinginan membantu pasukan mencapai
kejayaan. Yang tiada ciri-ciri itu terpaksa kami ketepikan," katanya
kepada Utusan Malaysia, semalam.
Namun kepada mereka yang
terlebih dulu mahu meninggalkan Selangor, nasihatnya ialah: "Fikirlah
panjang-panjang dan nilaikan pasukan baru itu dengan mendalam. Jangan hanya
kerana tawarannya sekarang lumayan, mereka pergi tetapi akhirnya gaji sampai
tidak berbayar berbulan-bulan."
Menurutnya, Selangor yang
dijangka memulakan persediaan pramusim Liga M selepas Aidilfitri bulan depan,
turut menyasarkan penyerang muda Negeri Sembilan, Zaquan Adha Radzak untuk
digandingkan dengan ayam tambatan Merah Kuning, Safee Sali.
"Kami bagaimanapun kena
timbangkan kemampuan tawaran yang setara dengan gaji yang dimintanya tetapi
memang cukup cantik jika dua penyerang terbaik negara ini digandingkan di
Selangor selain jika dapat memiliki abangnya, Aidil Zafuan Radzak di bek tengah
kami," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz50NECL1pd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan