ARKIB : 16/02/20
SELANGOR memulakan kempen bola
sepak Liga Perdana dengan bergaya apabila mengatasi JPS Kelantan 2-1 dalam
kempen bola sepak Liga Perdana di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bahru
semalam, terima kasih kepada Diego Cepeda.
Cepeda dari Argentina muncul wira
Red Giants apabila menyumbat masuk gol kemenangan 10 minit sebelum wisel
penamat.
Selangor mendahului seawal minit
keenam menerusi pemain tengah Amri Yahyah yang menguis masuk hantaran ketua
pasukan Shukor Adan sebelum JPS, yang beraksi tanpa pemain import kerana
masalah teknikal, menyamakan kedudukan pada minit ke-38 menerusi rembatan
kencang penyerang, Adnan Musa.
Johor pula bermula dengan kesukaran
apabila seri 2-2 kepada anggota baru Liga Perdana, MK Land Selangor di Stadium
Tan Sri Hassan Yunus, Johor Bahru.
Suhaizi Sulaiman memberikan gol
ehsan kepada pasukan pelawat apabila menyepak masuk ke gawang sendiri pada
minit ke-23 sebelum pemain dari Nigeria, Agu Ndubuisi melebarkan kedudukan MK
Land dengan jaringan minit ke-32.
Johor bagaimanapun memastikan
satu mata milik mereka apabila menemui sasaran dalam tempoh enam minit
terakhir. Dua gol tuan rumah disumbangkan oleh Mohd. Amzani Kadir pada minit
ke-84 dan Mohd. Farid Ideris minit ke-89.
Pertembungan dua pasukan Pantai
Timur, Terengganu, yang turun dengan hanya seorang pemain import, Sillah
Mohamed dari Sierra Leone, dengan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu pula hambar untuk mencatat seri tanpa jaringan.
PKNS Selangor, yang dibimbing
oleh bekas jurulatih Melaka dan Negeri Sembilan, Mohd. Zaki Syeikh Ahmad
mempamerkan aksi memberangsangkan apabila menundukkan Tentera 2-0 di Stadium
TLDM di Lumut, perak.
Mohizam Shah Daud Shah meletakkan
PKNS di laluan kemenangan dengan gol minit ke-20 sebelum Fauzi Kassim menambah
gol pada minit ke-77.
Sharudy Aziz pula memastikan TNB
Kelantan meraih tiga mata apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90
setelah kedudukan lima minit sebelum itu terikat 1-1 di Stadium Selayang, Kuala
Lumpur.
Che Hishamuddin Hassan meletakkan
TNB di depan pada minit ke-64 sebelum Polis menyamakan kedudukan menerusi David
Anas pada minit ke-85.
Kuala Lumpur pula mudah mengatasi
SKMK Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Gol-gol Kuala Lumpur dijaringkan
oleh Mohd. Safee Sali minit kelima, Nor Zulazuan Yunus pada minit ke-36 dan
Shariful Hisham minit ke-83. SKMK pula membalas menerusi Abdul Latif Yusuf,
minit ke-74.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dxGms76p
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan