ARKIB : 26/04/2004
SELANGOR menggunakan sepenuhnya kesempatan bermain di gelanggang
sendiri untuk menumpaskan pendahulu kedudukan Kumpulan A bola sepak Liga
Perdana, Johor FC dengan keputusan 1-0 di Stadium Shah Alam semalam.
Keputusan itu sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan pertama menumpaskan kelab dari selatan semenanjung itu, yang telah beraksi lapan permainan.
Pemain dari Argentina, Brian Fuentes menjadi wira skuad Red Giants apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-51 sekali gus jaringan kemenangan Selangor, untuk meraih sembilan mata selepas lima perlawanan.
Sementara itu, Polis menumpaskan JPS Kelantan 2-0 di Stadium Selayang.
Dalam persaingan Kumpulan B, Kelantan tumpas 2-0 kepada Negeri Sembilan di depan penyokong sendiri di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu sekali pun bermain cemerlang.
Kelantan, yang masih tercari-cari penyerang berbisa, mengasak hebat tetapi gagal menemui sasaran.
Sebaliknya Negeri Sembilan menghampakan mereka apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua menerusi rembatan bekas pemain kebangsaan, B. Rajnikandh dari jarak 15 meter pada minit ke-62 dan gol sendiri pemain pertahanan, Affif Amiruddin yang cuba menyepak keluar bola di dalam kawasan gol pada minit ke-74.
Kuala Lumpur pula bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Melaka 2-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.
Melaka mendahului pada minit ke-45 menerusi Norizam Ali Hassan, tetapi dikejutan dengan kebangkitan Kuala Lumpur selepas rehat.
Safee Sali mengikat kedudukan untuk Kuala Lumpur pada minit ke-73 sebelum S. Sunder menyempurnakan sepakan penalti dan gol kemenangan pada minit ke-81.
Pertemuan TNB Kelantan dengan PKNS Selangor dalam persaingan Kumpulan A di Kompleks Sukan Matsushita, Shah Alam pula ditunda ke pukul 4.45 petang hari ini akibat hujan lebat petang semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan