Sabtu, 22 April 2017

MPPJ, All Stars sama handal

ARKIB : 17/05/2004
SINGAPURA - Selangor MPPJ seri 2-2 dengan pasukan All Stars Singapura dalam perlawanan persahabatan tahunan bagi merebut Piala Sultan Selangor yang berlangsung di Stadium Nasional di sini semalam.
Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Shahril Ishak pada minit ke-15 dan Agu Casmir pada minit ke-35 manakala Selangor MPPJ memperoleh gol melalui Juan Manuel Arostegui (minit ke-50) dan Fabrico Rene Franceschi pada minit ke-55.
Dengan keputusan seri itu kedua-dua pasukan diistiharkan sebagai juara bersama dan berkongsi hadiah $25,000.
Pasukan pelawat yang ketinggalan dua gol pada separuh masa mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit pada babak kedua.
Pasukan tuan rumah yang menurunkan kombinasi pemain profesional dalam Liga S bermain cemerlang untuk menguasai sepenuhnya babak pertama.
Jentera midfield yang digerakkan oleh Shahril Ishak dan Keita Boubacar begitu ampuh dan Shahril membuka tirai pada minit ke-15 hasil hantaran silang Agu Casmir dari sebelah kanan.
Ketangkasan Jamsari Sabian memastikan pintu gol Selangor MPPJ tidak dibolosi begitu banyak gol ekoran serangan bertubi-tubi yang diterima pasukannya.
Namun pada minit ke-35, Agu Casmir tidak menghampakan penyokong pasukannya dengan gol mudah selepas menerima hantaran cantik daripada sepakan percuma oleh Zulkarnaen Zainal.
Selangor MPPJ seperti disuntik semangat baru pada babak kedua dan tersentak dengan perubahan itu, pasukan tuan rumah pula yang berkubu menahan asakan pelawat.
Permainan agresif pasukan pelawat membawa hasil pada minit ke-50 apabila voli yang dilakukan oleh Arostegui menerjah ke dalam pintu gol.
Fabrico Rene Franceshi menyamakan kedudukan lima minit kemudian hasil daripada satu set piece. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan