Khamis, 13 April 2017

Selangor garang

ARKIB : 26/02/2004
SELANGOR memperbaikki kedudukan dalam kumpulan A bola sepak Liga Perdana selepas menewaskan Brunei 4-1 di Stadium Shah Alam, semalam.
Gol menerusi pemain import Brian Fuentes pada minit ke-14 dan 90, gol sendiri pemain Brunei Zulkifli Duraman (minit 34) dan Hardi Jaafar (minit 52) telah meletakkan Selangor di tangga kedua liga dengan enam mata berkongsi mata dengan PKNS.
Gol Brunei pula dijaringkan oleh Mohd. Subhi Abdillah Bakir pada minit ke-37.
Begitu pun, Selangor hanya menunggu pada suku jam pertama untuk membuka jaringan apabila Azman Adnan yang berjaya meloloskan diri dari sebelah kiri membuat hantaran lintang ke kotak penalti lawan sebelum Fuentes yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menanduk masuk jaringan pertama melepasi penjaga gol Brunei, Mohd. Wardun Yusof.
Gol kedua Selangor menyusul pada minit ke-34 apabila Suhaimi Bahauddin berjaya melepasi sebelah kanan kawasan Brunei dan membuat hantaran ke tengah tetapi bola sepakannya terkena pemain Brunei Zulkifli yang terus menerjah jaring.
Brunei diperkuatkan oleh tonggak serangan Brian Iman bangkit mengasak kubu Selangor dan mereka berhasil merapatkan kedudukan yang hadir pada minit ke-37.
Gol diperoleh menerusi sepakan percuma yang diambil Zurkumi Dawat yang menyepak terus ke gawang tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol Selangor, Mohd. Sany Fahmi. Namun, bola yang muntah daripada dakapan Sany melantun ke arah Mohd. Subhi yang terus menolak masuk untuk gol tunggal Brunei.
Selangor kembali melebarkan jaringan apabila Hardi menyepak kencang menewaskan Wardun selepas berlaku pergelutan di depan pintu gol Brunei pada minit ke-52.
Fuentes menutup malam ceria Selangor dengan gol keempat pada minit terakhir permainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan