ARKIB : 25/02/2004
MALANG terus menimpa skuad bola sepak Selangor yang kini terpaksa
melupakan khidmat tonggak benteng, Nizam Jamil sekurang-kurangnya bagi
tempoh tiga bulan awal saingan bola sepak Liga Perdana, akibat
kecederaan, lapor HARADIAN SHAH HAMDAN.
Perkhabaran buruk tersebut adalah tamparan kedua buat Selangor yang
sebelum ini menamatkan kontrak pemain import dari Argentina, Juan Manuel
Gonzalez yang mengalami kecederaan lutut serius.
Pengurus Selangor, Mohd. Satim Diman berkata, Nizam terpaksa diketepikan selama kira-kira tiga bulan selepas mengalami keretakan pada tulang kakinya.
``Kecederaan Nidzam pada mulanya tidak begitu serius. Tetapi dia tercedera sekali lagi dalam latihan dan ia agak teruk. Kita terpaksa melupakan tenaga pemain itu sekurang-kurang bagi tempoh tiga bulan,'' katanya.
Jelasnya, seperti Gonzalez, Nizam juga mengalami kecederaan itu semasa persiapan di awal musim.
Menurutnya, ketiadaan Nizam bermakna Selangor terpaksa bergantung sekali lagi kepada pertahanan import, Aldo Mores untuk mengemudi benteng dalam pertemuan dengan Brunei malam ini.
``Bahagian pertahanan terutama sekali Mores perlu bekerja keras sedikit tanpa kehadiran Nizam.
``Tetapi berdasarkan perlawanan pertama menentang JPS Kelantan, saya yakin pemain-pemain dapat mengekalkan persembahan dan meningkatkan persefahaman mereka,'' ujarnya.
Mengulas perlawanan malam ini, Mohd. Satim berkata, beliau berharap para pemain akan meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan JPS Kelantan 2-1 minggu lalu.
``Ini perlawanan pertama di tempat sendiri dan saya harap Selangor mencatat kemenangan kerana ini akan menarik lebih ramai peminat ke stadium menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan ini.
``Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas perlawanan tempohari, tetapi kali ini kita bermain di gelanggang sendiri dan pemain perlu memanfaatkan kelebihan itu,'' ujarnya.
Selangor yang merupakan juara Piala Malaysia 29 kali, sekadar beraksi dalam Liga Perdana dan dianggap pasukan pilihan untuk mara ke Liga Super dari Kumpulan A.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan