PEMAIN Selangor
Adam Nor Azlin (kiri) merampas bola daripada pemain Pahang Jailton De
Shah Alam:
Selangor terus mensia-siakan peluang beraksi di halaman sendiri apabila
terpaksa berputih mata apabila tewas 0-1 di tangan Pahang dalam aksi Liga Super
di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Selepas impian
untuk menjulang mahkota kejuaraan liga musim ini berkubur susulan kejayaan
pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mengekalkan gelaran itu buat kali ketiga
berturut-turut kelmarin, skuad kendalian K Gunalan kini mengalih tumpuan dengan
mensasarkan tiga kedudukan terbaik dalam carta.
Tuan rumah dilihat
lebih banyak menguasai bola sejak awal permainan dan nyaris mencemaskan gawang
lawan menerusi percubaan pemain kebangsaan S Veenod pada minit ke-12 namun
berjaya ditepis penjaga gol Pahang Nasril Nourdin.
Seminit kemudian,
pelawat membuat pertukaran selepas Faisal Rosli cedera dengan memasukkan Faizal
Abdul Rani.
Jaringan pelawat
itu hadir pada minit ke-33 selepas awang import Pablo Vranjican bijak
memanfaatkan situasi kelam kabut di dalam kotak penalti dengan melepaskan
sepakan ke penjuru kiri yang gagal diselamatkan Norazlan Razali.
Selangor terus
bernasib baik apabila pengadil perlawanan Zulkifli Ahmad membatalkan jaringan
kedua pelawat ekoran kekasaran yang dilakukan pemain Pahang ke atas penjaga gol
tuan rumah itu pada minit ke-37.
Bersambung babak
kedua, tuan rumah terus mengatur serangan dan berpeluang menyamakan kedudukan
namun sepakan lencong ketua pasukan Andik Vermansyah mudah ditepis Nasril pada
minit ke-52.
Menuju 10 minit
terakhir, Gunalan mengeluarkan Hazwan dan memasukkan Nazmi Faiz Mansor bagi
memburu gol penyamaan namun keputusan 0-1 itu kekal memihak pelawat yang ceria
pulang dengan tiga mata.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:08 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan