ARKIB : 29/04/2007
KUALA LUMPUR Selangor
menewaskan Perlis 1-0 dalam saingan bola sepak Piala Malaysia Kumpulan A di
Stadium Utama, Kangar, semalam.
Gol itu dihasilkan oleh
Muhammad Shukor minit keenam.
Kemenangan itu mengukuhkan
kedudukan Selangor untuk mara ke suku akhir.
Di Stadium Jcorp, gol tunggal
jaringan Mohd. Azizan Baba pada minit ke-77 memastikan Johor FC mengukir
kemenangan tipis menewaskan Johor Pasir Gudang 1-0.
Di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, tuan rumah seri 3-3 bertemu Telekom Melaka.
Dalam Kumpulan B, Terengganu
membelasah ATM 9-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Dua jaringan hatrik dicipta
oleh bintang import baru Terengganu, Diogo Brecino Braga (m-9, m-62, m-71) dan
Sharlei Miranda (m-13, m-29, m-88) .
Tiga gol menerusi oleh Mohd.
Norfarhan Mohamad (m-26), Rozairil Asrul M. Nor (m-37) dan Mat Marzuki Yusof
(m-75) manakala gol saguhati pelawat dijaringkan oleh Md. Fairinizam Md. Nordin
(m-46).
Terengganu kini mendahului
kedudukan teratas dengan 17 mata.
Di Stadium Sultan Mohd Ke-IV,
Kelantan mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Negeri Sembilan Naza..
Negeri Sembilan Naza mencipta
jaringan awal menerusi Frederico Dos Santos pada minit ke-61 tetapi disamakan
oleh sepakan penalti Ignacio Olier di masa kecederaan.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka tewas
3-1 kepada Pulau Pinang.
Dalam Kumpulan C, hajat Kedah
untuk muncul pasukan pertama layak ke suku akhir tertangguh setelah hanya mampu
seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Likas, semalam.
Kedah membuka jaringan menerusi
Nelson Sam Martin pada minit ke-51 tetapi Charles Obi menyamakan kedudukan pada
minit ke-79.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang
sekadar mampu berkongsi satu mata selepas seri 2-2 berdepan Perak.
Gol-gol Pahang dijaringkan oleh
Jalaluddin Hassan (m-5) dan Hairuddin Omar dan Perak menyamakan kedudukan
menerusi Ahmad Shahrul Azhar (m-18) dan Yusrsi Che Lah (m-83).
Di Stadium MPS Selayang, Polis
menewaskan Sarawak 4-3.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tYYDvEzb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan