ARKIB : 03/06/2007
PEMAIN Kedah, Hasmawi Hassan
(tengah) diasak pemain Selangor, P. Gunalan (kiri) ketika bergelut untuk
merampas bola daripada Megat Amir Faizal dalam perlawanan bola sepak Liga Super
di Stadium Darul Aman, Alor Star, semalam. - Gambar ISMAIL KAMADIN.
KUALA LUMPUR Pertembungan
dramatik dua gergasi bola sepak jelas memihak kepada tuan rumah Kedah yang
menewaskan Selangor 2-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul
Aman, semalam.
Pertemuan kedua-dua pasukan
sebagai pemanas badan sebelum mengharungi saingan separuh akhir Piala FA 16 Jun
ini, menyaksikan kehebatan Kedah di hadapan 30,000 penonton memenuhi setiap
ruang stadium.
Kemenangan itu memastikan Kedah
terus menerajui takhta Liga Super dengan memungut 45 mata.
Hanya 14 minit babak
berlangsung Kedah lebih awal memecah kebuntuan jaringan gol menerusi penyerang
utamanya, Marlon Alex James.
Selangor terus terdesak apabila
tuan rumah sekali lagi mempamerkan aksi menarik dengan giliran pemain veteran
Hasmawi Hassan meledakkan jaringan kedua pada minit ke-35 selepas mendapat
hantaran Nelson Sam Martin.
Bagaimanapun skuad Merah Kuning
berjaya merapatkan jurang apabila pada minit ke-60 menerusi Akmal Rizal Rakhili
yang merembat kencang dalam kotak penalti tuan rumah.
Di Stadium Perak, seperti
diramalkan Perak mengutip tiga mata berharga untuk memberi tekanan kepada
pendahulu Kedah apabila menewaskan Pahang 3-1.
Perak mengutip 43 mata sekadar
dipisahkan dua mata di belakang Kedah yang membuka jaringan pertama menerusi
Shahrul Nizam Mustafa pada minit kelima.
Namun bekas pemain skuad Seladang,
V. Saravanan memadamkan kelebihan Perak apabila meledakkan jaringan penyamaan
pada minit ke-25.
Keita Mandjou menjaringkan gol
kedua di minit 80 dan Muhamad Fakri Shahrani melengkapkan gol ketiga pada minit
ke-85.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Terengganu terus memberikan tekanan kepada Kedah menepati
ramalan apabila menewaskan Melaka 4-0 untuk kekal di tangga ketiga.
Sharlei Miranda membuka
jaringan buat Terengganu seawal minit ke-10 apabila merembat kencang penjaga
gol Melaka, Mat Ibrahim Kamarun.
Tuan rumah menambah gol kedua
di minit 63 menerusi Ahmad Shahril Zakaria dan gol ketiga menerusi sepakan
penalti Zairol Anuar Zalani pada minit ke-84 manakala gol keempat jaringan
Miranda di minit 89.
Di Stadium Sarawak, Telekom
Melaka tidak menghadapi masalah apabila mudah membelasah Sarawak 5-2.
Chafswe Nsofwa meledakkan dua
jaringan pada minit ke-25 dan 28 manakala ketua pasukan Hardi Jaafar pula di
minit keenam, Mohd. Fazli Baharuddin pada minit 31 serta Debrah Derrik di minit
90.
Gol-gol tuan rumah pula
dijaringkan oleh Romeo Kambar (19) dan Safri Amit (71).
Di Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Johor FC membuat kejutan apabila menewaskan Perlis 3-1.
Gol-gol Johor FC dijaringkan
oleh Carpon Kolic (21), Mohd. Zaidi Adam (83) dan Gilbarto Silva (89) manakala
gol sagu hati Perlis dijaringkan oleh Fakurazzi Daud pada minit ke-70.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u8O5nAgL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan