ARKIB : 18/02/2007
TONGGAK muda Selangor, Mohd.
Amirulhadi Zainal (kiri) merembat bola dan cuba dihalang oleh pemain Kuala
Lumpur, V. Saysupalan dalam saingan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah
Alam, malam tadi. Selangor menang 2-1. Gambar HAFIZ JOHARI.
KUALA LUMPUR Selangor
merampas tampuk sebagai pendahulu Kumpulan A setelah menewaskan Kuala Lumpur
2-1 pada perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.
Kemenangan itu memastikan
Selangor meraih enam mata selain dibantu oleh keputusan seri apabila Perlis
terikat 2-2 dengan PBT Pasir Gudang di Stadium Utama, Kangar.
Gol kemenangan Selangor
dijaringkan oleh Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-87 setelah Kevin Lamey
memberikan gol pendahuluan buat Kuala Lumpur pada minit ke-75.
Namun, Fadzli Saari berjaya
mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringannya pada minit ke-78.
Perlis pula dikejutkan dengan
gol awal pelawat hasil jaringan Suhaimi Samadi pada minit ke-13 tetapi tuan
rumah menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Francis Kombe pada minit ke-27.
Bagaimanapun, Perlis tersentak
lagi dengan gol pendahuluan Pasir Gudang hasil jaringan Tenbo Masauso pada
minit ke-32 tetapi Joey Ryan Gundok menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.
Sementara itu, dalam satu lagi
saingan semalam, Johor FC membelasah Telekom Melaka 4-1 di Stadium Jcorp.
Telekom Melaka yang mendapat
suntikan semangat kehadiran jurulatih baru Wan Jamak Wan Hassan tidak mampu
menghalang Johor FC meraih kemenangan berpesta gol.
Gol-gol Johor FC dijaringkan
oleh Mohd. Azizan Baba (m-5), Walter Ariel Silva (m-27), Eddy Helmi Abdul Manan
(m-59) dan Sahruzzahar Ali (m-69) manakala gol sagu hati Telekom Melaka
menerusi Affendy Malik (m92).
Saingan Kumpulan B pula
menyaksikan Melaka tampak semakin ampuh untuk mengungguli persada teratas
apabila jaringan tunggal Richard Trivitzer seawal minit ketiga membantu
menewaskan Negeri Sembilan 1-0.
Ini adalah kemenangan kedua
Melaka untuk memungut enam mata daripada dua perlawanan.
Dalam pada itu, Terengganu
turut cemerlang apabila menewaskan Pulau Pinang 4-0 di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah.
Kemenangan itu memastikan
Terengganu berada di tangga kedua di belakang Melaka, memperoleh gol menerusi
Sharlie Line Miranda (m-35, m-71), Abdul Manaf Mamat (m-53) dan Zairo Anuar
Zaki (m78).
Kumpulan C pula menyaksikan
Sabah mengambil alih teraju selaku pendahulu apabila mudah menewaskan Sarawak
3-0 di Stadium Likas.
Turut meraih kemenangan ialah
Perak yang membelasah pendahulu Liga Perdana, PDRM 4-1 di Stadium MPS Selayang.
Muhamad Khalid Jamlus, Keita
Mandjou dan R. Surendren memahatkan gol-gol buat Perak.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4srbV7vcT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan