ARKIB : 30/04/2011
PEMAIN Terengganu, Ismail Faruqi Asha'ri (kanan)
dihalang pemain Selangor, P. Gunalan (kiri) dan Mohd. Asraruddin Putra Omar
(tengah) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu malam tadi.
KUALA LUMPUR Selangor hampir melepaskan teraju
Liga Super namun berjaya bertahan untuk seri 1-1 dengan Terengganu pada aksi di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Selangor mempamerkan rentak agresif pada babak
pertama terlebih dahulu mengambil giliran mendahului menerusi Safiq Rahim pada
minit ke-43.
Hantaran Amri Yahyah berjaya memperdayakan
pertahanan Terengganu yang menyangka Safiq berada pada kedudukan ofsaid,
sebelum kapten Harimau Malaya itu melepaskan rembatan yang mudah menewaskan
Sharbinee Allawee.
Bermula babak kedua, skuad kendalian Irfan Bakti
memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya pada minit ke-62, gol penyamaan
yang dicari-cari akhirnya menjelma.
Gol berpunca daripada hantaran silang Joseph Kalang
Tie yang disudahkan oleh Ismail Faruqi menerusi satu tandukan menarik yang
menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Saiful Amar Sudar.
Walaupun diasak bertubi-tubi oleh Terengganu pada
20 minit terakhir perlawanan, Selangor menarik nafas lega kerana barisan
hadapan Terengganu banyak mensia-siakan peluang mendapatkan gol kemenangan.
Namun, kedudukan Selangor selaku pendahulu mungkin
sementara jika Kelantan berjaya mencipta kemenangan ke atas Kuala Lumpur di
Stadium Sultan Mohammed IV hari ini.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah
dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kedah, yang mendapat sentuhan pertama
Wan Jamak Hassan.
Mohd. Khyril Muhymeen meletakkan Kedah di depan
pada minit ke-30 sebelum Mohd. Firdaus Faudzi menambah derita skuad tuan rumah
dengan gol kedua pada minit ke-75.
Pertahanan tuan rumah, Mohd. Syazwan Roslan
membunuh semangat rakan sepasukan dan 15,000 penyokong setia Kejor Yob Kejor
apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-82.
Mohd. Hazrul Mustafa memberikan jaringan sagu hati
Perak pada minit ke-90.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5e97ncor2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan