ARKIB : 06/10/2009
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Pemenang tiga
piala musim ini, Selangor ternyata menguasai senarai pendek calon Anugerah Bola
Sepak Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-100PLUS edisi ketiga pada
4 November ini selepas mesyuarat pertama panel penilaian.
Jurulatih K. Devan yang menerajui
Gergasi Merah menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super pula
mengetuai senarai bagi kategori Jurulatih Terbaik sambil disaingi Irfan Bakti
dari Perlis, Ramlan Rashid (Johor FC) dan Che Ku Marzuki (T-Team).
Panel yang mengandungi wakil
daripada FAM, Persatuan Jurulatih Malaysia dan petugas media, turut mencalonkan
empat pemain Merah Kuning - Hamsani Ahmad, Khairul Anuar Baharom, Amri Yahyah
dan Safee Sali bagi kategori Penjaga Gol, Pertahanan, Pemain Tengah dan
Penyerang Terbaik.
Kata Devan yang terlepas Piala
Sultan Selangor kelmarin untuk menambah koleksinya musim ini tetapi masih
memburu Piala Malaysia, "ia sentiasa menjadi satu penghormatan apabila
diiktiraf atas usaha anda dan saya percaya perasaan ini turut dikongsi pemain
Selangor yang dicalonkan.
Anugerah yang bakal berlangsung
di Hotel Hilton Petaling Jaya ini juga menghimpunkan kategori lain seperti
Kelab Terbaik yang menggantikan Pemain Import Terbaik ekoran ketiadaannya musim
ini di samping Persatuan Bola Sepak Terbaik dan Kelab Peminat Terbaik serta
Pemain Paling Bernilai.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5YaGIZ3EO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan