Ahad, 16 Disember 2018

Contohi Syahmi - Sathianathan [METROTV]

MyMetroArena
Siraj Mohd Zaini
siraj@nstp.com.my
 
SHAH ALAM: Pengendali Selangor, B Sathianathan mahu barisan pemain mudanya mengikut jejak tonggak pertahanan kanan pasukan itu, Muhammad Syahmi Safari, 20, yang beraksi cemerlang meskipun usianya masih muda. 

Sathianathan berkata, Muhammad Syahmi membuktikan dirinya berada pada tahap terbaik dengan membantu Malaysia layak sehingga ke final Piala AFF Suzuki 2018 meskipun hanya mampu bergelar naib juara. 

Katanya, tiada yang mustahil khususnya untuk pemain muda membarisi kesebelasan utama pasukan The Red Giants bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019. 

"Pemain muda dari Selangor jadi bintang dalam Piala AFF Suzuki 2018, saya mahu pemain muda ini ikut jejak Syahmi.  "Satu contoh yang baik (untuk pemain muda), tidak mustahil pemain muda dalam '1st eleven'," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran jersi ketiga serta sesi pengenalan pemain bola sepak Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini. 


PEMAIN dan jurulatih pasukan Selangor memperagakan kersi baru ketiga pada Majlis Pelancaran Jersi baru di Stadium Shah Alam. FOTO Roslin Mat Tahir
Sementara itu, beliau berkata, tiga pemain import akan diambil bagi mengisi kuota selain tonggak penyerang sedia ada dari Sepanyol, Rufino Segovia. 

"Seorang pemain sedang dalam perbincangan, dia pernah bermain dengan saya, ia (pemain import) akan diisi bagi posisi pertahanan tengah dan pemain tengah. 

"Mungkin saya tidak gunakan (kuota) pemain import ASEAN, sebab yang terbaik datangnya dari Vietnam dan Thailand, tetapi mustahil mereka hendak bermain di sini, jadi kita perlu realistik," katanya. 

Dalam pada itu, Sathianathan yang membawa FELDA United menjuarai saingan Liga Perdana 2018 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih bulan lalu juga mahu semua pemainnya sentiasa fokus terhadap semua perlawanan termasuklah Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. 

Foto Roslin Tahir

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Disember 2018 @ 8:22 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan