Siraj Mohd Zaini
siraj@nstp.com.my

SHAH ALAM: Pengendali Selangor, B
Sathianathan mahu barisan pemain mudanya mengikut jejak tonggak pertahanan
kanan pasukan itu, Muhammad Syahmi Safari, 20, yang beraksi cemerlang meskipun
usianya masih muda.
Sathianathan berkata, Muhammad
Syahmi membuktikan dirinya berada pada tahap terbaik dengan membantu Malaysia
layak sehingga ke final Piala AFF Suzuki 2018 meskipun hanya mampu bergelar
naib juara.
Katanya, tiada yang mustahil
khususnya untuk pemain muda membarisi kesebelasan utama pasukan The Red Giants
bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019.
"Pemain muda dari Selangor
jadi bintang dalam Piala AFF Suzuki 2018, saya mahu pemain muda ini ikut jejak
Syahmi. "Satu contoh yang baik
(untuk pemain muda), tidak mustahil pemain muda dalam '1st eleven',"
katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran jersi ketiga serta
sesi pengenalan pemain bola sepak Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini.
PEMAIN dan jurulatih pasukan
Selangor memperagakan kersi baru ketiga pada Majlis Pelancaran Jersi baru di
Stadium Shah Alam. FOTO Roslin Mat Tahir
Sementara itu, beliau berkata,
tiga pemain import akan diambil bagi mengisi kuota selain tonggak penyerang
sedia ada dari Sepanyol, Rufino Segovia.
"Seorang pemain sedang dalam
perbincangan, dia pernah bermain dengan saya, ia (pemain import) akan diisi
bagi posisi pertahanan tengah dan pemain tengah.
"Mungkin saya tidak gunakan
(kuota) pemain import ASEAN, sebab yang terbaik datangnya dari Vietnam dan
Thailand, tetapi mustahil mereka hendak bermain di sini, jadi kita perlu
realistik," katanya.
Dalam pada itu, Sathianathan yang
membawa FELDA United menjuarai saingan Liga Perdana 2018 sebelum dilantik
sebagai ketua jurulatih bulan lalu juga mahu semua pemainnya sentiasa fokus
terhadap semua perlawanan termasuklah Piala FA, Liga Super dan Piala
Malaysia.
Foto Roslin Tahir
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 16 Disember 2018 @ 8:22 PM