ARKIB : 04/10/1998
Selangor layak
SELANGOR yang gagal beraksi
dalam Piala Malaysia tewas 0-1 kepada pasukan Tentera Singapura pada perlawanan
ulangan pusingan pertama bola sepak Kejohanan Antara Kelab Asia di Stadium Shah
Alam, malam tadi.
Bagaimanapun keputusan itu
tidak menjejaskan kemaraan skuad Merah Kuning ke pusingan kedua apabila layak
dengan agregat 4-2 selepas menang 4-1 pada pertemuan pertama di Singapura, 19
September lalu.
Gol tunggal pasukan pelawat
dari seberang Tambak Johor itu dijaringkan oleh S. Selavaraj pada minit ke-82.
Dengan kemenangan itu Selangor
akan bertemu pasukan penyandang juara, Pohang Steelers dari Korea Selatan.
Perlawanan pertama pusingan
kedua itu dijadualkan berlangsung pada 11 November sebelum pertemuan kedua pada
28 November.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4Okkpb1zL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan