10 Mei 2016
12:06 AM
PENYERANG
dari Argentina, Mauro Olivi (kiri) menjadi sandaran Selangor untuk merobek
gawang Tampines Rovers dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Nasional
Singapura, malam ini.
KUALA LUMPUR
9 Mei – Pulang tanpa mata, Selangor akan tersingkir daripada saingan Piala AFC.
Itu situasi
yang dihadapi skuad Red Giants apabila bertandang ke Stadium Nasional Singapura
esok untuk menentang Tampines Rovers dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.
Anak-anak
buah Zainal Abidin Hassan hanya memerlukan seri untuk mengiringi kelab
Filipina, Ceres FC ke peringkat kalah mati, namun Selangor tidak akan turun
dengan misi untuk seri, sebaliknya mencari tiga mata selamat.
Malah,
Zainal juga menegaskan, Red Giants tidak akan beraksi dengan strategi bertahan
kerana 90 minit permainan bukan tempoh yang pendek.
Katanya
lagi, kekalahan dalam aksi pertama menentang wakil kelab dari Singapura itu
juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa kelebihan besar dimiliki pihak lawan
kerana ketika itu Selangor mempunyai banyak peluang, namun gagal disempurnakan
dalam bentuk jaringan.
“Tidak...saya
sama sekali tidak datang ke sini untuk bertahan kerana ia bukan cara terbaik.
“Biarpun
kita hanya memerlukan satu mata untuk layak tetapi saya lebih suka seandainya
kita pulang bersama tiga mata.
“Mereka (Tampines)
adalah pasukan yang kuat dan kelebihan beraksi di laman sendiri pasti mahu
dimanfaatkan pihak lawan, namun anak-anak buah saya telah bersedia daripada
segi mental dan fizikal untuk menghadapi tentangan sengit.
“Perlawanan
pertama telah menjadi pengajaran berguna kepada kita dan segala kelemahan telah
pun diperbaiki.
“Saya harap
setiap peluang yang dimiliki nanti mampu dimanfaatkan pemain-pemain yang bakal
diturunkan,” kata Zainal.
Dalam
pertemuan pertama pada 30 April lalu, Red Giants tewas tipis 2-3 kepada
Tampines Rovers di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, namun Zainal
menegaskan, perlawanan kali ini bukan aksi balas dendam.
Selangor
kini menduduki tangga kedua Kumpulan E dengan mengumpulkan lapan mata selepas
mengharungi lima perlawanan menerusi dua menang dan seri.
“Kita turun
bukan untuk misi balas dendam tetapi kita beraksi untuk membawa pulang
keputusan positif.
“Saya harap
semua pemain akan mempamer aksi terbaik, berdisplin tinggi dan memberi fokus
sepenuhnya sehingga wisel penamat.
“Semua
pemain mempunyai peluang untuk beraksi kecuali Saiful Ridzuwan Selamat dan
Mohd. Hafiz Kamal yang digantung perlawanan,” jelasnya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/misi-hidup-mati-i-red-giants-i-1.321460#sthash.uQIIKiX6.dpuf