Oleh
Ferzalfie Fauzi -ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala
Lumpur: Selangor gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala AFC apabila
tumpas 1-0 kepada Tampines Rovers dalam aksi terakhir perlawanan Kumpulan E di
Stadium Nasional Singapura sebentar tadi.Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan
itu yang hanya memerlukan keputusan seri tersentak dengan gol hasil jaringan
Yasir Hanapi minit ke-31.
Selangor
menamatkan saingan Piala AFC dengan berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan E
yang menyaksikan Ceres dari Filipina bersama Tampines mara ke pusingan seterusnya.
Sebelum ini
penyandang juara Piala Malaysia itu tumpas dengan jaringan sama dalam pertemuan
pusingan pertama peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:20 PM
Selangor
tersingkir selepas tewas di Stadium Nasional Singapura. FOTO AFC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan